AZMIN PANIK! LUPA SIAPA DIA DALAM PKR! ALAMAK!

Azmin dah panik! terlupa kerana terlalu marah? Tak kisahlah, azmin tk hormati mereka yang pernah menolongnya sehingga mempunyai kedudukan sekarang. Fulamak! Dia boleh kata ahli Buta tuli? Nampak sangat paniknya azmin dengan tuntutan ahli PKR yang mahukan kebenaran yg selama ini disembunyikan.

Ir Jebat Modern: Marah betul Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli & pemimpin PKR Cabang Ampang baru2 ini. Kata Azmin Ali, hanya orang yg buta dan tuli sahaja yang percayakan dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap sungguh tutur kata seorang Timbalan Presiden apabila berdepan dengan isu yg menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihaknya. Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yg dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.

Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yg dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan. Dalam keadaan yg baru sekadar memegang jawatan kedua tertinggi parti tapi pembawaan sikap Azmin sudah cepat melenting, biadap dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.

Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi. Bukankah di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yg dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Malang bagi ahli & penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yg tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yg meyakinkan.

Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR. Tak payah buang masa berjuang dalam parti yg hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

P/s: setahu pu3, ampang kawasan PKR. Cyber pKR ramai dari kawasan ampang. Termasuklah hasmawi, yg pernah menyerbu ke arah YAB PM semasa BERSIH 2.0 julai lepas. Takkan depa tak tahu, asyik-asyik bunyi dalam kumpulan dulu serba mengetahui je!

Comments

Popular Posts