PAKATAN PEMBANGKANG : JANJI ATAS ANGIN

PRU 12. Janji Pakatan selangor mengaburi pengundi Selangor sehingga mereka terbuai memangkah pakatan. Sorakan kegembiraan mengimpikan janji-janji yang diberi semakin terserlah. Namun sehingga kini, dh 4 tahun dah.. Janji tak tunai-tunai lain pula yang jadinya.

Setiap Anak Kelahiran Selangor.

Walaupun program ini telah dimulakan dengan penubuhan Tabung Warisan Anak kelahiran Selangor (TAWAS), tapi tidak seorang pun ibu bapa anak-anak yang didaftarkan di bawah program ini telah 'melihat' tabung yang dijanjikan.

Mereka dimaklumkan bahawa akaun permulaan dengan wang sebanyak RM 100 telah dibuka untuk anak masing-masing di Bank Rakyat selepas pendaftaran, tapi sehingga sekarang tidak ada siapa di antara ibu bapa tersebut yang tahu sama ada akaun yang disebutkan itu benar-benar telah dibuka atau tidak.

Mereka hanya menerima kad TAWAS sebagai bukti pendaftaran dan diminta menuntut wang tersebut setelah anak masing-masing mencecah usia 18 tahun!! Justeru, tidak hairan kenapa ramai di antara ibu bapa ini yang curiga dengan perjalanan program ini yang sebenarnya.

Bantuan RM75 Sebulan Bagi Setiap Anak Yang Dihantar Ke Nurseri.

Program ini sebenarnya paling dinanti oleh ramai ibu bapa di Selangor, terutama yang kedua-duanya bekerja. Dengan kegagalan kerajaan pusat menyelesaikan masalah pembantu rumah dari Indonesia sehingga sekarang, ramai ibu bapa yang terpaksa menghantar anak masing-masing ke nurseri sebaik pulang dari sekolah.

Ikuti seterusnya pendedahan ini . Klik di sini : http://sangkakalajari9.blogspot.com/2012/04/mana-janji-pakatan-haram-di-selangor.html

Teringat pula cerita si pak kadok. Ayam menang , bersoraklah dia, malangnya kampung pula tergadai dek ditipu. Agaknya... Niler cerita sebenar berlaku di selangor. Maaflah, rakan yang pernah memangkah pakatan tu, bukan nak menyindir .. Ni dh tahap menegur.

Comments

Popular Posts