SERANGAN PENGKRITIK TANDA 1MDB ADA MASALAH: TUN M



1.   Saya berasa hairan dengan laporan di akhbar The Star bahawa beberapa penulis blog menyerang pengkritik 1MDB. Saya tidak berasa hairan terhadap para penulis blog ini. Saya telah mengetahui aktiviti mereka sejak kebelakangan ini.


2.   Pada suatu ketika, para penulis blog ini adalah pengkritik Kerajaan. Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, mereka telah berubah. Saya perasan perubahan ini.

3.   Tetapi, saya menerima hak mereka untuk mengkritik saya. Dengan ini, saya tidak hairan dengan arah perubahan mereka.

4.   Apa yang menghairankan saya ialah laporan mengenai hal ini oleh akhbar The Star. Kebiasaannya, media arus perdana dan akhbar The Star adalah salah satu daripadanya, tidak akan melaporkan sebarang berita yang memberi gambaran tidak elok mengenai 'pihak berkuasa'. Tetapi sekarang, akhbar ini telah melakukan perkara yang tidak dapat difikirkan, walaupun akhbar ini melakukannya secara tidak langsung.

5.   Saya adalah penyokong UNMO. Saya masih lagi ahli UMNO. Tetapi saya percaya kepada mengkritik sebarang salah laku yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk UMNO. Bagaimanapun, saya telah nyatakan secara terbuka bahawa saya tidak menyokong Datuk Seri Najib.

6.   Dan, di antara salah satu sebab kenapa saya tidak menyokongnya ialah penubuhan IMDB. Duit yang dipinjam tidak boleh dianggap sebagai kekayaan. Dan, terdapat banyak perkara yang dilakukan dengan duit 1MDB adalah salah. Kerajaan tidak patut terus menerus menjual dan membeli saham untuk menjana pendapatan.

7.   Saya tidak bersetuju dengan 1MDB dan saya akan terus mengkritik mengenainya dan apa sahaja perkara yang saya fikir akan menjejaskan tadbir urus baik negara ini.

8.   Kecaman oleh para penulis blog bersifat politik. Niat mereka adalah melemahkan kredibiliti saya. Tetapi, saya akan terus bertanya di manakah duit yang telah dibawa balik dari (Kepulauan) Cayman? Kenapakah perlu meminjam untuk membayar hutang sedangkan anda mempunyai RM8 billion? Selagi soalan ini dan soalan-soalan lain belum dijawab, akan muncul soalan-soalan lain.

9.   Saya mencurigai disebabkan soalan-soalan ini tidak dapat dijawab maka penyoal dikecam. Dengan membuat demikian, akan menambah lagi kecurigaan bahawa ada yang tidak kena dengan 1MDB.

10.  Ini adalah pendapat saya. Saya tidak bercakap untuk orang lain.
*Artikel ini merupakan terjemahan bebas daripada tulisan asal di blog chedet.ccc

Comments

Popular Posts