Followers

POLIS AKAN AMBIL KETERANGAN ISMAIL SABRI BERHUBUNG STATUS FACEBOOK


KUALA LUMPUR:  Pihak polis akan menghubungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengambil keterangan beliau mengenai saranannya supaya orang Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang dan perkhidmatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitternya berkata, "@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmoniam kaum dihormati."

Dalam tweet terbaharunya sejurus kemudian, Khalid turut meminta semua pihak supaya mengelak membuat kenyataan awam yang boleh menggugat keharmonian kaum.

Kenyataan Ismail Sabri yang dimuat naik di status Facebooknya telah menerima pelbagai reaksi dan kritikan daripada banyak pihak termasuklah daripada para pemimpin pembangkang serta Barisan Nasional sendiri.

Beliau, walau bagaimanapun, memberi penjelasan bahawa kenyataannya di Facebook itu tidak ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.

"Tentang (isu) Melayu untuk boikot peniaga Cina ini, saya respon kepada Facebook yang mana mereka marah-marah kepada peniaga-peniaga Cina yang degil tidak mahu turunkan harga.

"Jadi prinsipnya sama iaitu mereka yang majoriti (perlu) gunakan kuasa majoriti dan tidak hanya merungut dan bercakap dalam Facebook semata-mata," jelas beliau.

Ismail Sabri berpendapat, tindakan mana-mana peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan.-ASTRO AWANI 2/2/2015

Ps: cepat sungguh tindakan. Agaknya bila pula LADY nak tengok pemimpin pembangkang yang main hentam kerajaan Malaysia diambil keterangan mereka di facebook??

1 comment:

  1. Kalau melayu cakap sikit terus rasis.....kena panggil ambil statement...kalau cina dgn keling cakap ngapa PDRM diam aje...ada apa apa ke....SPRM tolong tenguk tenguk sikit

    ReplyDelete