Followers

MERIAM AIR HAMPIR DIGUNAKAN SELEPAS PENYOKONG ANWAR ENGHAN BERSURAI


Meriam air hampir diguna selepas penyokong Anwar enggan bersurai


Kumpulan penyokong mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan.- Astro AWANI / Hamzah Hamid
PUTRAJAYA:  Sekumpulan 500 orang dipercayai penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersurai dan menghalang laluan keluar kompleks Istana Kehakiman di sini hampir ditembak dengan meriam air oleh anggota polis Unit Simpanan Persekutuan, FRU.

Sejak berita keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat, kumpulan penyokong berkenaan telah beralih ke bahagian belakang kompleks mahkamah untuk berhimpun.

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang selain beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) cuba memasuki kawasan mahkamah.
Anwar Ibrahim

Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 12.45 tengah hari dan mula melakukan beberapa provokasi awal seperti mencerca anggota keselamatan dan percubaan mengacah dan menolak pagar penghalang. Astro AWANI / Hamzah Hamid


Setelah provokasi berlangsung sehingga jam 3 petang tadi dan beberapa loceng amaran dibunyikan, pasukan anggota FRU berbaris keluar untuk menyuraikan halangan manusia.

Beberapa objek seperti botol air, kon plastik dan batu turut dilihat dilontarkan kepada pihak berkuasa namun individu yang bertindak sedemikian telah diberi amaran oleh penyokong-penyokong PR yang lain.


Anwar Ibrahim
Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi. -  Foto Astro AWANI / Hamzah Hamid.

Setelah kenderaan yang dipercayai membawa pesalah keluar meninggalkan Istana Kehakiman, barulah para penyokong Anwar mula meninggalkan lokasi.

Seorang pemimpin perhimpunan PR kemudiannya dilihat telah mengeluarkan arahan kepada para penyokong untuk berkumpul pula di Ibu Pejabat Parti Keadilan di Tropicana, Petaling Jaya. - ASTRO AWANI


ps: dengar-dengar.. dalam mahkamahpun kecoh oleh si anwar membantah dengan keputusan

sumber 3 gambar dari rakan cyber

No comments:

Post a Comment