Followers

APA BENDANYA GAPBEM NI??? BUAT DAJAL PULA DAH???!!!!


Hmmmmmm.... inilah namanya dalam roti yang elok, ada pula kulat yang merosakkan kualiti roti tersebut. Belum sempat hilang kehangatan keluar dari ketuhar lagi pula tu!!!! Itulah kejadian yang berlaku apabila tersebar 1 kempen  menyokong si peliwat no 1 negara yang mengaku diri mereka Gabungan Ahli Parlimen Belia Malaysia atau nama singkatannya GAPBEM.

Program dianjur oleh kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai GAPBEM  yang ditolak oleh Ahli Parlimen belia Malaysia 

Menurut maklum balas salah seorang ahli Parlimen Belia Malaysia, GAPBEM ini bukan suatu entiti mewakili mereka. Ianya hanya dicetuskan di kalangan ahli parlimen belia Malaysia yanh sedikitpun jumlahnya boleh dianggap sebagai suara mijoriti mereka!

Menurut sumber yang LADY perolehi inilah peekembangan status sebenar pendapat dan pendirian  28 orang ahli Parlimen Belia Malaysia yang menolak program yang akan dilaksanakan oleh GAPBEM. SILA BACA :

List Nama Sokong Penolakan Program GAPBEM dilaksana atas nama Gabungan APBM:

1.Shahril Hamdan
2. Idzham Hashim
3. Azman azeez
4. Firdaus samad
5.Faisal Mohidin
6. Yashir yahaya
7.abroar
8. Faiz Rafeek
9. Aizat Azam
10. taufiq a. fattah
11. Darshini Sitharam
12. Ahmad Wafi
13. Rahman Hussin
14. Mohd Hilmi
15. Asyraf Adlan
16. Azwan Omar
17. matassan rohani (tiso,lavi,sawisa)
18 Akmal Saufi JHR01
19. Zarra rawi
20. Khairul Annuar
21. Mieza (letak nama pjg, dikhuatiri org x knal )
22. Haziq Zakaria
23. Mohamad Anis Md Yusos aka Wak
24. Al-Muzafar Shah
25. Mohd Rizal
26.shamalaruben@ruben
27.Noralizawati Matsam (SABAH 09)
28. AG KU MOHD ZULFADHLI


Kami majoriti besar Ahli-Ahli Parlimen Belia Malaysia menolak sekeras-kerasnya penggunaan nama "Gabungan Ahli Parlimen Belia Malaysia" dalam penganjuran program Seminar Pemikiran Anwar Ibrahim seperti mana yang diuar-uarkan melalui platform media sosial bermula semalam, Selasa 24 Februari 2015. Kami menegaskan bahawa Gabungan ini tidak pernah wujud dalam erti kata di mana tiada sebarang perbincangan jauh sekali persetujuan sesama keseluruhan Parlimen Belia Malaysia untuk menganjurkan program mengagung-agungkan seorang ahli politik yang telah disabit kesalahan di mahkamah tertinggi negara. Kami memegang kuat objektif utama Parlimen Belia Malaysia untuk menjadi saluran cadangan dan idea di antara anak muda dengan kerajaan, sepertimana sembilan (9) buah usul untuk belia yang diluluskan dan dibentangkan kepada kabinet pada sidang pertama bulan yang lalu.

Maklumat awal mengesahkan bahawa hanya enam (6) orang APBM terbabit langsung dalam penganjuran program ini di mana jumlah APBM keseluruhan adalah sebanyak 133 orang. Kami kesal dengan penggunaan platform APBM untuk agenda ini dan menggesa pihak bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan dan memperjelas isu sekaligus memperbetul kesilapan supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap sidang perwakilan Parlimen Belia Malaysia.

Parlimen Belia Malaysia sedang dalam proses merealisasikan sembilan (9) buah usul untuk menjaga kemaslahatan anak muda Malaysia. Kami menyeru rakan rakan yang terlibat dalam penganjuran program ini atas nama Gabungan APBM sedar akan peranan dan objektif sebenar Parlimen Belia Malaysia. Peranan Kementerian Belia dan Sukan dalam memartabatkan pembangunan belia melalui Program Parlimen Belia Malaysia harus terus disokong dan dipelihara.

PS: banyak perkara berkaitan belia mereka kena perjuangkan dan suarakan untuk diberi perhatian kerajaan. Peliknya perjuangan si peliwat itu juga boleh budak-budak 6 orang GAPBEM nak highlightkan!! Adakah mereka ini penyokong budaya hidup songsang?????

Hello adik-adik yang rasanya nak sangat dengan Anwar. Baik bertaubat dik oiiii... !!! Dah sah dia peliwat! Berlaku perlakuan dan dah diperakui sendiri oleh mendiang karpal singh dalam kenyataan utama #SUKASAMASUKA jelas kan ia sudah berlaku. Kenapa nak sokong dan kata itu fitnah ?????

No comments:

Post a Comment