KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN ? MENUNTUT HAK ATAU MENUNTUT BERPISAH ?

::Apa Kata LADY::

LADY tertarik dengan entri yang dikongsikan pada wall LADY. agaknya selepas ini, apa ulasan pengikut tegar si Mak lampir facebook a.k.a doris tentang ini???

sila baca


KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN ? MENUNTUT HAK ATAU MENUNTUT BERPISAH ?
Di Sabah (dan Sarawak) puak pemisah yang diketuai oleh Doris Yapp Kim Youn @Doris Jones (yang tinggal di UK) dan pengikut-pengikutnya dalam SSKM* berkempen kepada orang ramai meminta mereka tandatangan borang-borang yang mereka sediakan supaya menyokong mereka membawa keluar Sabah (dan Sarawak) daripada Persekutuan Malaysia. Mereka mendakwa Lina Soo seorang peguam Sarawak adalah sekutu mereka di Sarawak tetapi Lina menafikan dia ada kaitan dgn mana-mana kumpulan pemisah.
Antara intipati utama kempen SSKM ini adalah:



Pertama - Kononnya Sabah (dan Sarawak) adalah dua NEGARA yg merdeka sebelum bergabung dgn Malaya (dan Singapora) yang membentuk Persekutuan (Malaysia) yang merdeka dan berdaulat pada 16.09.1963. Mereka mendakwa Parlimen/Kerajaan Persekutuan menurunkan (demoted) Sabah (dan Sarawak) daripada status NEGARA kepada negeri. Akan tetapi 183 PERKARA2 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan 1963, dan di dalam 39 Akta/Ordinan (pindaan) yang diluluskan dari tahun 1963 hingga 2003, tiada satu pun yang menyebut/menyatakan "perkara penurunan status" dua negeri itu. Lagipun bagaimana Sabah merdeka sebelum 16.09.1963 sedangkan pd 15.09.1963 Sir William Goode masih lagi Governor British di North Borneo (Sabah) dan bendera British (Union Jack) masih berkibar di seluruh North Borneo, sehinggalah tengah malam 15.09.1963 baharulah Union Jack diturunkan dalam suatu upacara rasmi dengan disaksikan oleh Goode sendiri menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di North Borneo.  Jadi dakwaan ini tidak logik.


Kedua - Kononnya Malaya? mengabaikan, menganaktirikan Sabah (dan Sarawak) dan merampas hak-hak dan harta mereka. Mereka menuntut berpisah daripada Malaysia untuk menuntut hak-hak dan harta yang kononnya dirampas itu. Akan tetapi di luar negara Doris tidak menyentuh "niat keluar Malaysia" ini. Ironinya, mengapa Doris memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu di luar negara bahawa tindakan mereka meminta tandatangan org ramai itu hanya "untuk menuntut hak-hak dan harta mereka" yg kononnya dirampas tetapi tidak memberi maklumat kepada pihak-pihak luar itu tentang "niat dan tindakan mereka minta tandatangan orang ramai adalah untuk mendapat sokongan membawa Sabah (dan Sarawak) keluar daripada Persekutuan Malaysia". Ini bermakna pihak-pihak luar itu juga dibohongi. Rujuk kenyataan dengan gambar Rupert Colville, jurucakap PBB Pejabat Hakasasi Manusia, dan Graham Williamon drp Kumpulan Nations Without States. Ini ternyata berbohong.


Kalau hanya bersuara menuntut hak2 dan kepentingan dan tidak bercanggah dgn undang-undang negara tidak salah, yang salah itu adalah bertindak dengan niat mengeluarkan Sabah (dan Sarawak) daripada Malaysia yang bermaksud niat dan tindakan memecah-belah dan menghancurkan negara. Kerajaan dan rakyat (hanya orang-orang SSKM) mana yang rela negaranya dihancurkan ?

Persoalannya - Perjuangan Doris Yapp Kim Youn @Doris Jones ini menegakkan KEBENARAN atau menegakkan PEMBOHONGAN ? Kalau sudah di luar Malaysia hendak menuntut hak dari siapa ?

Mohon rakyat Sabah (dan Sarawak) nilailah dengan minda dan mentaliti yg ikhlas dan jujur demi generasi sekarang dan akan datang.

*Nota: SSKM - singkatan Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Comments

Popular Posts