MENTERI CAP AYAM BUAT LAGU " SELAMAT AKU"



Hmmmm... menteri seorang ini. Memang buat LADY naik meluat lagi menyampah. Betul-betul menteri cap ayam!! Orang lain menyokong kenyataan yang dibuat DS ismail Sabri dia boleh-boleh 'playsafe' lebih baik ko jadi Menteri jaga Kipas angin dari terus memegang jawatan KPDNKK!!!!

Hello pakcik cap ayam! Lu tarak buat kerja. Tak buat sebarang ketegasan. Itu pasal ada peniaga teruk naik tocang!!!!

Lu jaga diri sendiri atau jaga pengguna??? Dulu bukan main celupar lu suruh orang hormat part jalan raya. Ni pula nak buat apa? Suruh pengguna ikut rentak peniaga lintah darat pula?????


KJ sendiri menyataan pendiriannya menyokong kenyataan DS Ismail sabri.

LADY setuju bebenor kata kawan LADY hal menteri KPDNKK cap ayam ni!!!

" Aku tak suka bantai pemimpin secara terbuka, aku lebih suka  ambil jalan diplomasi maklum terus kepada pemimpin ataupun orang kepercayaan pemimpin tersebut. Sebab musuh aku pihak pembangkang dan pemimpin sendiri ni kalau salah boleh lah tegur mengikut kesesuaian.

Perli perli @ kias kias tu biasalah kan 😆

Tapi dengan Menteri KPDNKK ni aku jadi mual, aku jadi tak berselera sebab aku rasa bukan sekali tapi dah berkali kali melakukan benda benda yang meloyakan bukan sahaja aku tapi ramai lagi. Dan paling geli bila teguran yang dibuat dibalas pula dengan serangan oleh juak juak Hassan Malek macam isu Uji Kaji aku dulu tu bila jentera Hasaan Malek buat laporan Polis pada Afiq KL TOWN kerana tersebarnya kenyataan Hassan Malek letak jawatan.

Hari ini bila Hassan Malek keluar lagi kenyataan mementingkan diri sendiri dari menyokong kenyataan Ismail Sabri aku nampak bahawa inilah kualiti yang akan terus merosakkan imej kerajaan. Sikap mementingkan diri sendiri dalam isu harga barang yang dinyatakan oleh Hassan Malek adalah satu tindakan yang hanya menyelamatkan dirinya sahaja.

Sebenarnya Hassan Malek selaku Menteri KPDNKK lah yang sepatutnya terus menjawap apa yang dibangkitkan oleh Dato Seri Ismail Sabri berhubung sikap tamak pemborong pemborong yang degil menurunkan harga barang. Dengan kuasa KPDNKK, beliau boleh mengarahkan penguatkuasa KPDNKK melakukan operasi dalam memastikan para pemborong dan pembekal yang menghisap darah rakyat menerima padah.

Ini yang dikatakan semangat "SOLIDARITY" yang mana YAB PM umumkan pada perhimpunan Agung UMNO yang lepas. Semangat "Solidarity" seharusnya ditunjukkan oleh pemimpin UMNO terutama dalam isu yang berlaku hari ini.

Pemimpin UMNO tidak boleh harap lagi sokongan dari MCA atau GERAKAN melainkan sokongan dari sesama UMNO sendiri. Takkan lah Ismail Sabri mahu harapkan menteri Pengangkutan dari MCA menyokong kenyataan yang beliau buat?

"Solidarity" pemimpin UMNO perlu pertahankan sesama pemimpin apabila ianya melibatkan kepentingan masyarakat. Ini soal membela rakyat bukannya membela Penjenayah.

Salute Dato Seri Ismail Sabri, tidak menyalahkan mana mana pihak. This what we call "BERTANGGUNGJAWAP atas kenyataan dan tindakan yang dibuat".

Aku harap Dato Seri Hassan Malek ataupun orang orang nya tak buat laporan Polis dengan kenyataan aku ni 😉

- Bro Azri (Bukan Peniaga Ayam)"

Dont worry lah Bro Azri. Menteri cap ayam akan kata, itu pandangan pribadi Sir Azri semata. Saya tak salahkan dia menegakkan pandangan dia??? Wakakaakaka.. agaknya sah lepas dia baca pandangan bro... tekanan darah tinggi dia melambung tinggi tahap kronik terus!!

Lagipun, menteri KDN DS Ahmad Zahid Hamidi sendiri menyokong kenyataan DS Ismail Sabri. So tak jadi hallah.

LADY lagi bangga, kakanda LADY YB dtk Rosnah sendiri dengan berani menyatakan sokongannya ke atas DS Ismail Sabri!. ..


menteri Cap AYam ni ( LADY menyampah nak sebuat atau tulis nama dia ni. semakin mengarut sungguh orang tua tu!) Dia memang jenis orang pelik lagi aneh. Ada kepimpinan lain menyokong kenyataan DS Ismail Sabri, dia main sembunyi-sembunyi. Main tapuk-tapuk bilang orang Sabah!!! Beranti nu!!!! nya' alap!!!! kecapi-capian banar ulah menteri cap ayam ani! Mun kan menjaga untung diri, bahapa jadi pemimpin! (dialek suku kaum Brunei)

Lepas ni, LADY nak sangat tengok, macam mana menteri cap ayam ni berdepan dengan rakan-rakan kepimpinan lain. Lu boleh ker tak jalan seiringan dengan depa!!!! Nasib ambo dah tamat perkhidmatan kat pusat. Kalau tak, sah LADY antara pakat tak tegur menteri yang tak reti nak malu!!!  Cap ayam cap ayam. Menteri cap ayam. Takut bebenor dia hilang jawatan menteri. Tu yang asyik berlagu "selamat aku"

ps: kalau nak Playsafe.. baik tak payah jadi pemimpin!!!!!!

Comments

Popular Posts