Followers

KENYATAAN PERDANA MENTERI BERKAITAN KONTRIVERSI LIBAT ISMAIL SABRI


Kenyataan Perdana Menteri berkaitan kontroversi libat Ismail Sabri
Terakhir dikemaskini: 04 Februari 2015

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan lima perenggan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan isu melibatkan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KABINET telah dimaklumkan hari ini bahawa kenyataan di media sosial yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebenarnya bertujuan menegur para peniaga yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak dan diesel telah turun.

Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu. Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membela dan menjaga kepentingan semua kaum.

Oleh itu sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatutnya dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.

Kabinet mahu para peniaga bersifat bertanggungjawab dan bertimbang rasa dalam menentukan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan penurunan harga minyak dan diesel agar pengguna merasa kesan penurunan harga tersebut.

Selain itu, pengguna hendaklah menjadi pengguna bijak dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendorong para peniaga agar meletakkan harga yang berpatutan.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
4/2/2015

No comments:

Post a Comment