MAHKAMAH : REMAJA LELAKI DIDAKWA BUNUH ASP MARGARET TAGUM


KLUANG:  Seorang remaja lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pegawai polis trafik, awal bulan ini.

Remaja berumur 17 tahun dan tidak bersekolah itu dituduh membunuh ASP Margaret Tagum Goen, 32, di Batu 4, KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, antara 1 pagi dan 2.45 pagi, 6 Sept lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuruhuda Mohd Yusof dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Remaja itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ibu dan bapa tertuduh turut hadir di mahkamah.

Mahkamah menetapkan 28 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rasidah Abd Radzaz manakala remaja lelaki itu diwakili peguam Vijaya Sandran. -BERNAMA

Comments

Popular Posts