INSIDEN REMPUHAN MINA: PUTERA MAHKOTA SAUDI ARAH SIASATAN DILAKUKAN SERTA-MERTA


MINA:  Putera Mahkota Arab Saudi mengarahkan siasatan dalam insiden rempuhan yang menyebabkan lebih 700 jemaah mati pada hari Khamis, lapor Saudi Press Agency.

Putera Mohammed Nayef, yang mempengerusikan jawatankuasa haji Arab Saudi, mengarahkan siasatan semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan yang bertanggungjawab atas jemaah di Mina, di mana rempuhan itu berlaku.

Hasil siasatan akan diserahkan kepada Raja Salman, "yang akan mengambil langkah-langkah yang sesuai", kata agensi itu.

Tragedi pada Khamis berlaku selepas lagi satu insiden, di mana 108 jemaah  terbunuh apabila sebuah kren pembinaan runtuh di Masjidilharam pada 11 September.

Pada masa itu, Nayef berkata kemalangan itu tidak akan menjejaskan ibadah haji tahun ini dan keselamatan jemaah adalah "keutamaan".

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khaled al-Faleh berjanji bahawa akan ada siasatan yang pesat dan telus atas inisiden rempuhan ini, di mana beliau meyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin serta tidak mengikuti arahan. - AGENSI

Comments

Popular Posts