INSIDEN REMPUHAN MINA: KEMENTERIAN MASIH SIASAT JIKA ADA RAKYAT MALAYSIA JADI MANGSA


KUALA LUMPUR:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa pihaknya sedang membuat pengiraan ke atas jemaah haji Malaysia dalam menyiasat sekiranya ada yang menjadi mangsa dalam insiden rempuhan di Mina.

Jamil Khir ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis, berkata dalam masa yang sama pihaknya sedang menghubungi hospital dan rumah mayat di sana.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di sebelah pagi itu, mungkin tidak melibatkan jemaah haji Malaysia memandangkan lontaran di Mina biasanya dilakukan selepas waktu Asar.

Jamil Khir turut menegaskan laporan dan video yang diterima pihaknya menunjukkan kejadian tersebut berlaku di kawasan penempatan khemah Arab Saudi dan bukan kawasan yang menempatkan jemaah haji Malaysia.

Beliau berkata, pemantauan lanjut untuk memastikan jika ada jemaah haji dari Malaysia yang terlibat tetap diteruskan.

Buat masa ini, tiada jemaah haji dari Malaysia disahkan terlibat dalam insiden yang berlaku kira-kira 11.30 pagi (waktu Arab Saudi). - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts