KEMBALI

Beberpa hari pu3 tak update sebarang perkongsian. Bukan senyap kerana malas dah tetapi sibuk dengan pengurusan program yang melibatkan perhimpunan rakan media sosial. Semalam program itu berlangsung dan berjaya mencapai sasaran penyertaan. Lebih dari yang dijangka.

Pu3 nak ucapkan terima kasih pada rakan yang menyertainya , tanpa korang.. Walau gah program tu tanpa peserta, ia tak akan menjadi. Memang pu3 lapang dada dengan komitmen yang korang tunjukkan. Pu3 berharap perkongsian ilmu sejarah dan pandangan menghurai kekalutan pengetahuan yang selama ini diubahsuai menjadi pemahaman lain.

Terima kasih pada penaja program yg memberi perkhidmatan yang menjayakan persediaan program. Penyediaan surviner berbentuk maklumat.

Terima kasih pada petugas, yang bekerja keras selama sebulan ini dan maksimanya 3 hari terakhir ini. Kerja sampai ke malam.

Walaupun ada yang jadi parasit.. Fuh... Pu3 ucapkan terima kasih jugalah. Hehehehehe sebab ia juga menambah pengalaman buat pu3.

Selepas ini, pu3 akan mula semula perkongsian pu3 selagi pu3 mempunyai peluang. Love u all

Comments

Popular Posts