ISU ISRAEL ANWAR SEMAKIN MEROYAN

"I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL " Anwar Ibrahim, Wall Street Journal, 26 Jan 2012.

Di dalam entri blog DSAI menulis:-

Telah dihebahkan kenyataan saya dalam Asian Wall Street Journal, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," (Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) sedangkan kenyataan penuh selepas itu, "a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Baiklah. Kita tulis sepenuhnya kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim tersebut berdasarkan kepada versinya:

I support all efforts to protect the security of the STATE OF ISRAEL ... a step which he said remains contingent on ISRAEL respecting the ASPIRATIONS OF PALESTINIANS.

Dalam bahagian pertama ayat versi Anwar Ibrahim, beliau dengan jelas menyebut 'Negara Israel' (The State of Israel). Bermakna dalam ayat ini beliau sudah memahatkan pengiktirafan Negara Israel.

Dalam bahagian kedua ayat versi Anwar Ibrahim, beliau menyebut dengan terang bahawa sokongan beliau itu ialah satu langkah kontigen ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Bermakna, Anwar Ibrahim mengakui bahawa ancaman kepada keselamatan negara Israel disebabkan oleh perjuangan kebebasan rakyat Palestin. Apa maksud Anwar Ibrahim ini ?

Regim Zionis mengambil pendekatan kekerasan dan penghapusan etnik ke atas penduduk asal bumi Palestin bagi mengekalkan kewujudan Negara Israel. Tindakan itulah dijadikan alasan oleh regim zionis sebagai langkah melindungi keselamatan Negara Israel.

Apakah aspirasi rakyat Palestin yang sebenar? Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan negara mereka dikembalikan semula oleh regim zionis yang menubuhkan Negara Israel di atas mandat PBB.

Aspirasi rakyat Palestin ialah mahukan pengiktirafan Negara Israel di tarik balik dan mahukan dunia hanya mengiktiraf Negara Palestin dan hak penduduk rakyat Palestin ke atas tanahair mereka yang selama ini di rampas melalui kekerasan oleh regim zionis.

Jadi dimanakah benarnya Anwar Ibrahim mengatakan kenyataan beliau tersebut walaupun di petik sepenuhnya sebagai menyokong aspirasi rakyat Palestin?

Anwar Ibrahim semakin meroyan kerana beliau tahu kenyataan beliau tersebut bila di baca dalam konteks penuh pun tetap membawa kita kepada kefahaman dan kesimpulan bahawa Anwar Ibrahim menyokong dan mengiktiraf Negara Israel dan itu adalah bersalahan dengan aspirasi rakyat Palestin.

Macam biasalah, bila ramai yg komplain, dia dok salahkan akhbar & pihak2 lain lak ... Kepada Anwar Ibrahim 'Kubur sudah lama kata mari dan rumah hang sudah lama kata pi ... hang tak ingat akhirat ka?'- Ir Jebat Moden

Comments

Popular Posts