DIRECT NEGO PROJECT PKR SELANGOR DIBONGKAR RAJA PETRA

Direct Nego bukan Open tender
Raja Petra dakwa Selangor utama kroni
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2012/03/06

Raja Petra Kamaruddin

Pengarang portal sedia dedah agihan projek RM250j

KUALA LUMPUR: Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendedahkan kerajaan PKR Selangor memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008.
Beliau berkata, jika kerajaan negeri menafikan dakwaan berkenaan, beliau akan menyiarkan butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit dalam blognya atau melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, tindakan itu dilakukan berikutan sikap pembangkang yang selalu minta bukti atas dakwaannya, tetapi tidak berbuat demikian apabila mereka sendiri membuat tuduhan terhadap UMNO atau Barisan Nasional (BN), seolah-olah dakwaan itu 100 peratus benar.

"Pada Ogos 2008, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) mengumumkan Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak bernilai RM79 juta dianugerahkan secara rundingan.

"Pada 2009, RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Saya tidak mempunyai angka bagi tahun lalu tetapi melihat alirannya, kita boleh menganggap ia sekitar RM100 juta.

"Kalau anda berkata ia tidak banyak, tidak berbilion seperti BN, anda boleh berhujah. Jika membunuh seorang, anda digelar pembunuh. Jika membunuh 100 orang pun anda digelar pembunuh. Tiada pembunuh kecil dan besar. Pembunuh adalah pembunuh," katanya dalam portal berkenaan semalam.
Pendedahan terbaru itu antara beberapa siri pendedahan beliau mengenai kepincangan dan rasuah dalam pakatan pembangkang Selangor.

Raja Petra berkata, apa yang berlaku sebelum ini turut berlaku di Selangor dengan mereka yang menyokong pembangkang atau pemimpinnya mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah.
Keadaan itu menyebabkan mereka yang bukan kroni merungut kerana tidak mendapat kerja (projek), sebaliknya hanya mereka dalam 'bulatan 'saja (mendapat kerja).

"Ya, saya tahu, pembangkang menafikan dakwaan ini. Malah, mereka yang mendapat kerja ini mengatakan bukan mereka membuat keputusan untuk menganugerahkan syarikat mereka tapi orang lain. Oleh itu, tidak ada percanggahan kepentingan kerana mereka hanya bekerja untuk firma itu dan bukan berkongsi firma," katanya.

Beliau berkata, Tan Sri Rafidah Aziz (bekas menteri Kabinet) juga tidak membuat keputusan untuk menganugerahkan saham anaknya dalam syarikat awam, sebaliknya sebuah jawatankuasa membuat keputusan itu.

"Beliau tidak pun mengundi mengenai perkara itu. Beliau berkecuali daripada mengundi. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) juga tidak membuat keputusan untuk menganugerahkan anaknya kuota permit import kereta (AP). Ia adalah keputusan kementerian, satu keputusan yang dibuat jawatankuasa AP.

"Datuk Seri Shahrizat Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) juga tidak membuat keputusan untuk memberi suami dan anaknya wang pembayar cukai RM250 juta bagi projek NFC.

"Jadi, mengapa kita menjerit terhadap Rafidah, Dr Mahathir dan Shahrizat? Mereka bermain dengan peraturan yang sama seperti pembangkang. Orang lain membuat keputusan, bukan mereka. Sama seperti orang lain membuat keputusan untuk memberi pembangkang projek," tegas beliau.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts