BAHASA MENUNJUKKAN IDENTITI

Gambar di atas hanya hiasan sahaja.

Percaya atau tidak, bahasa bukan sahaja menunjukkan bangsa, malahan menunjukkan identiti seseorang.

PUTRAJAYA 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, bahasa bukan sahaja mampu memainkan peranan untuk mengenal pasti identiti sesuatu bangsa tetapi menjadikan sesuatu bangsa itu terpelajar.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan bagaimana sesebuah tamadun itu berkembang pesat apabila rakyatnya berusaha mendalami mana-mana bahasa untuk menguasai ilmu pengetahuan.

"Kegemilangan Tamadun Islam sebelum ini berpunca daripada sikap orang Arab yang memeluk Islam ketika itu berusaha mendalami bahasa Greek yang dianggap sebagai bahasa ilmu dan mereka telah menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab.

"Keadaan itu telah menyebabkan bahasa Arab dikenali sebagai bahasa ilmu sehingga menarik ramai orang Eropah mendalaminya bagi menguasai ilmu yang ada," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

P/s: hanya pakatan pembangkang PKR dan PAS sahaja tak mengaku diri mereka keturunan Melayu. Malahan malu mengakuinya.

Comments

Popular Posts