Pu3 RASA ARTiKEL INI PERLu DIBACA KHAS CYBER FRIEND'S

Pu3 baca 1 tulisan rakan fb. Baca dulu ni baru baca ulasan pu3 selepas ini :

salam saya terbaca topik ini didalam wall seorong sahabat yg bukan fb friend saya... bila difikir2kan ada jugak betulnya... apa pendapat rakan2 semua? maaf takde niat nak menyinggung sesiapa~

TERLALU RAMAI MENYOKONG UMNO DLM FB TAPI MEMBAZIR MASA SAJA.

Menurut satu kajian yang dibuat terhadap rangkaian laman sosial terkemuka, Facebook, pada bulan April 2010 terdapat 5.5 juta pemegang akaun FB di Malaysia. Ia dianggarkan 19.6 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia.

Peratus tersebut meletakkan Malaysia di tempat ke tujuh penggunaan FB tertinggi di dunia selepas Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Chile, Australia dan Turki.

Kejayaan FB dalam dunia teknologi informasi ialah keupayaan menyebarkan maklumat dalam masa yang pantas. Hari ini FB benar-benar menjadi 'akhbar, radio dan televisyen' bagi segolongan anggota masyarakat yang menatap FB seperti menikmati sarapan pagi, makan tengahari atau malam.

Terlalu ramai penyokong UMNO yang bersemangat menyokong UMNO dan memerangi PKR ; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap BN . Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Tok Batin ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong UMNO :

1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong UMNO tegar manakala mereka adalah penyokong PKR tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: , N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. . Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. 'sangat membantu' kita.

4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong PKR secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong UMNO, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan PKR kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Sila renung apa yg diucapkan. Ia perlu tindakan. Sebahagian besar pu3 sgt bersetuju.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts