DI MANA POSISI KITA PD. PEMBAHAGIAN GOLONGAN MANUSIA

Ringan2 sikit pagi2 ini. Pu3 sengaja shared pengetahuan pula. Jom baca dan nilai mana 1 golongan manusia diri kita diletakkan :

Ulama Al-Khalil Ahmad membahagikan manusia ini kepada 4 golongan:

1. ORANG YANG BERILMU DAN TAHU DIRINYA BERILMU :

Merekalah org yg sebenar-benarnya berilmu. Manusia golongan pertama ini menghayati dan memanfaatkan ilmu ke jalan yg diredhai Allah dan bakal beroleh kebahagiaan dunia & akhirat.

2. ORANG YANG BERILMU TETAPI TIDAK TAHU DIRINYA BERILMU:

Org begini adalah org yg 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran. Manusia golongan kedua ini adalah org yg lalai perintah Allah, meninggalkan larangan walhal dia tahu mengenai hal itu. Lazimnya mereka terpengaruh dgn keduniaan, dan 'menomborduakan' perintah Allah. Mereka meninggalkan solat dgn alasan terpaksa menghadiri majlis, mereka ikut minum dan berjudi kononnya kerana mahu menghormati sahabat perniagaan dan sebagainya. mereka ini wajib diberikan peringatan oleh guru dengan menyedarkan mereka mengenai tanggungjawab dan tuntutan ilmu itu sendiri.

3. ORANG YANG TIDAK BERILMU DAN TAHU DIRINYA TIDAK BERILMU:

Org begini perlu kepada bimbingan dan tunjuk ajar. Manusia golongan ketiga ini pula dianggap lebih mudah utk diajar kerana mereka memang memerlukan bimbingan. Oleh itu, menjadi tugas guru utk mendidik golongan ini.

4. ORANG YANG TIDAK BERILMU TETAPI TIDAK TAHU DIRINYA TIDAK BERILMU :

Org begini dikatakan jahil atau bodoh sombong. manusia golongan keempat ini dianggap manusia paling buruk krn mereka ini kategori yg bodoh yg mengaku dirinya pandai. Sudahlah begitu, mereka pula enggan belajar dan tidak mahu belajar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts