BELANJAWAN PR? MESRA pE TU???
Menariknya Janji-janji PR sebelum ini seperti bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan, hari ini mereka menjanjikan perkara yang sama malah menambah sehingga RM1,000 untuk tempoh setahun termasuk bayaran bonus kepada suri rumah dan menyelaraskan penerima bantuan kebajikan kepada RM550 sebulan.
Antara lain Belanjawan itu juga mengariskan , akan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1,100, pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500, peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambah baik skim latihan vokasional dan RM1 bilion untuk perumahan awam.semetara Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion. Anwar juga secara sinis berkata, bajet bayangan itu akan diciplak kerajaan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.
Didalam belanjawan bayangan itu juga mereka turut 'meniru' beberapa perkara yang sedang diusahakan kerajaan antaranya pengurangan pekerja asing menjelang 2015, pembangunan luar bandar termasuk menyasarkan penglibatan 55 peratus wanita dalam tenaga kerja menjelang tempoh sama.
Ahli akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, bagi merealisasikan belanjawan tersebut, pembangkang sepatutnya menyatakan juga sumber-sumber mereka. "Butiran yang dinyatakan oleh pihak pembangkang itu jelas menunjukkan mereka tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.
Sementara itu, pensyarah ekonomi Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Amir Baharuddin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut."Belanjawan pembangkang itu tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan. Menurut beliau juga "Kerajaan tidak akan meniru atau menciplak belanjawan palsu itu ekoran peruntukan tersebut tidak berasas kerana pada tahun depan negara akan menghadapi cabaran cukup getir apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah sedang mengalami kemerosotan
Penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi."Bagaimanapun, pembangkang sepatutnya menunggu kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu sebelum mahu mencadangkan perkara baru."Merangka belanjawan bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya pernah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun," katanya.
Tun dr Mahathir pula mengulas tentang pekara tersebut berkata "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." "Duit yang kita tak kawal memang senang mahu belanja," "Kita boleh buat apa pun seperti janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang pilihan raya," "Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr. Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Hakikatnya PR gemar bermain dengan retorik dan janji-janji palsu yang tak mampu dibuat dan bersifat dangkal serta pembohongan , sebagai contoh lain janji 16 september dan hukum hudud sehingga kini tak mampu lagi dilaksanakan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment