MASA UNTUK SEDAR!!!!!

Pu3 baca berulang kali artikel ini. Bukan sekali dua tapi berulang kali untuk meyakinkan diri pu3 kenapa pu3 perlu kongsikan artikel ini di dalam blog pu3. Ia perlu dibaca untuk menyingkirkan SS dalam diri pu3 dan mungkin rakan2 pu3 lain dalam perjuangan cyber.

Baca artikel ini sehingga habis :
--------------------------------------------------
Merekayasa Perang Maya - Apakah benar BN bersedia menghadapi PRU 13?
Written by Webmaster   
WEDNESDAY, 19 OCTOBER 2011
http://sinismalaysia.blogspot.com/2011/10/archive-33.html

Oleh: GreenHood

'Kudos' diucapkan kepada Jabatan Perdana Menteri (PMO) kerana perhimpunan penulis-penulis maya dalam satu lagi episod merekayasakan penguasaan interaktif alam maya atau lebih mudah didefinisikan sebagai 'the gathering of social networking players' walaupun di Malaysia ianya lebih popular dengan hanya panggilan 'bloggers' - satu lagi himpunan besar 'penulis maya' selepas www.bloghouse.com  yang turut berjaya menghimpunkan penulis-penulis maya dalam kelas mereka tersendiri tidak berapa lama dahulu.

Tahniah juga kepada kumpulan 'Sahabat' dengan kerjasama mykmu.net yang menjadi penganjur bagi majlis yang menghimpunkan hampir 300 peserta dari seluruh pelosok negara dari 14-16hb Oktober.

Mereka keseluruhannya bukan calang-calang peserta kerana telah membawa kredibiliti 'bulk of followers/readers' disebalik nama pena-maya mereka justeru membayangkan pengaruh 'kuasa undi' yang mereka mampu bawa jika diterjemahkan dalam iklim negara yang menghampiri PRU 13.

Jika dilihat sebagai satu strategi, Najib Tun Razak telah melangkaui kelemahan utama Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Presiden serta Pengerusi UMNO-BN ketika itu, Tun Pak Lah, sewaktu menghadapi PRU 12.

Najib Tun Razak segera menggempur setiap inci ruang maya dengan meletakkan 'cyber warlords' mahupun 'cyber troopers' di bawah panji BN (atas apa nama sekali pun mereka sama ada bloghouse, mykmu, kelab chedet, nadi rakyat dan sebagainya, hakikatnya, mereka tetap mendukung panji BN walaupun segelintir mereka cuba menidakkan dengan hanya berkata "sekadar peng-simpati kepada perjuangan BN" dalam usaha melabelkan diri mereka sebagai apolotical) dan ini merupakan sebahagian dari transformasi landskap politik Malaysia di bawah Plan Transformasi Politik (PTP) Najib.

Secara luaran, Najib menghampiri matlamat PTP-nya dengan 'menguasai alam maya' secara melambakkan tentera siber namun pendekatan yang diguna-pakai masih lagi bersifat ortodoks iaitu melebihkan 'kuantiti' daripada 'kualiti' kerana 'oldschool warlords' yang mengepalai jentera-jentera siber BN ini masih mengamalkan 'the race for numbers' dalam menunjukkan kehebatan mereka kepada Najib dan nampaknya, Najib mungkin terpengaruh dengan kaedah 'statistik angka' ini.

Sedangkan, di sebelah sana (pakatan pembangkang), walaupun mereka 'kelihatan' agak ketinggalan dari segi 'angka', hakikat yang sebenarnya adalah, 'cyber warlords' pakatan pembangkang adalah mereka yang sangat berpengalaman dalam perang siber (ramai dari mereka telah berjuang seawal tahun '96 lagi selepas MSC dibuka oleh Tun M) dan dalam merekrut tentera baru mereka, 'cyber warlords' pembangkang   tidak lagi mengguna-pakai kaedah 'lambakan', sebaliknya mereka sangat memilih calon-calon baru tentera mereka dengan kualiti dan kemahiran tertentu.

Mereka tidak perlu mewujudkan terlalu banyak bloggers serta blog sebaliknya tetap menggunakan 'battleships' berjenama malaysiakini.com atau themalaysianinsider.com, atau sahaja harakahdaily.net dan roketkini.com, namun 'daya' kreativiti mereka dalam perang saraf telah dipertingkatkan berkali-ganda dari apa yang dilakukan oleh BN. Lihat sahaja penghasilan klip-klip video "Bersih 2.0", "Undilah" dan sebagainya.

Dalam ramai-ramai 'cyber warlords' dan 'troopers', hanya kelihatan www.umno-reform2.com  yang benar-benar mengkritik kelemahan BN di atas namun sejauh mana Najib akan mendengar kritikan yang sepatutnya membena BN itu kembali, tetap menjadi tanda tanya.

Dan di sebalik agenda merekayasakan alam maya, unitmediabaru (UMB) dikhabarkan secara senyap telah menghasilkan ratusan atau mungkin ribuan troopers yang walaupun tidak mempunyai 'nama besar' seperti yang terdapat di dalam bloghouse atau mykmu, adalah senjata 'Y' (weapons Y / Y-men) yang terdiri dari usia lingkungan awal '20-an (generasi Y) yang 'kena' pada plan transformasi olahan Najib dan bakal menguasai lanskap politik negara sejajar dengan musim pemerintahan Najib selaku Perdana Menteri Malaysia. Mereka mungkin tidak punyai nama dalam satu atau dua tahun ini, namun, seperti yang pernah pembangkang hasilkan dan nikmati setelah menuai dari seawal '96, tentera siber yang dilatih UMB ini mungkin bakal menguasai lanskap negara 5 hingga 10 tahun akan datang.

Bilakah UMB akan menunjukkan 'senjata' mereka kepada Presiden serta Pengerusi BN, Najib Tun Razak menjadi tanda-tanya kerana jika benar UMB menunjukkan "Y-Men" atau "Weapon-Y" itu kepada Najib, ianya benar-benar berbeza dari nama-nama bertindih yang disorongkan oleh bloghouse dan mykmu selama ini jika diteliti secara mendalam. Dan perbezaan yang amat ketara dapat dihidu adalah himpunan yang sebelum-sebelum ini dibuat sama ada oleh bloghouse mahupun mykmu adalah himpunan pemain maya yang sedia ada sebaliknya UMB dikhabarkan 'mencipta' pemain dari menghimpunkan pemain sedia-ada. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu dan lihat.

p/s:  Baru-baru ini saya berkesempatan bertanyakan seorang Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) sebuah universiti awam tempatan dalam sebuah mesyuarat yang saya turut-serta - saya bertanyakan, apakah keuntungan AUKU bilamana ramai pelajar universiti swasta telah berkempen sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan mereka langsung tidak terikat dengan pentadbiran universiti/kolej terutamanya pemakaian AUKU, kerana, orientasi universiti/kolej itu yang mementingkan sumber pendapatan yang mereka terima dari yuran yang dibayar oleh pelajar tersebut dari mengambil tahu urusan peribadi mahupun politik pelajar tersebut apatah lagi menghukum mereka.

Bayangkan, seorang penuntut dari Universiti Lim Kok Wing (sebagai contoh) menghasilkan video klip berkaitan Bersih 2.0... apakah mereka akan dikenakan tindakan oleh universiti/kolej di mana mereka menuntut? Dan bayangkan kemampuan mereka (dalam penghasilan klip-klip video) dalam merobah lanskap politik negara!

Adakah pelajar sebegini dalam IPTA? Jika ada pun, kemungkinan mereka dikenakan AUKU adalah tinggi berbanding pelajar di IPTS.
--------------------------------------------------
Video klip BERSIH 2.0 pu3 tk tonton tapi video klip lagu UNDILAH pu3 pasang ulang2, berulang2 bukan kerana menggemarinya walau muziknya mmg boleh tahan. Tetapi penglibatan artis dan seorg 2 VIP yg pada pu3 tk seharusnya berada dlm video tersebut. Pu3 xakan sebut, xakan sebut siapa mereka.

Jika gah menang keran tak bermakna akan menang dari segi kualiti. Pu3 akui tentang ini. Pu3 sedang memantau dan menilai hasilnya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts