Jangan jadi Petualang kepada Agama,Anak,Cucu,Cicit dan Jenerasi akan datang semata mengikut Syaitan bertopengkan Agama..
Firman Allah dalam Al Baqarah ayat 4 -10 yang bermaksud :--
"Dan orang-orang yang percaya kepada apa (kitab Al Quran) yang diturunkan kepadamu,begitu juga mereka percaya kepada apa (kitab2) yang diturunkan sebelum kamu.Dan mereka yakin akan adanya hari akhirat.Mereka yang mendapat hidayah dari Tuhannya.Dan mereka yang menang (dunia dan akhirat).Sesungguhnya orang2 kafir sama saja engkau beri peringatan atau tidak.Mereka tetap tidak beriman.Allah telah menutup mata hati mereka dan pendengarannya.Dan pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak dapat melihat).Mereka akan mendapat azab yang berat.Di antara manusia ada yang berkata,kami iman pada Allah dan adanya hari akhirat,padahal mereka tidak beriman.Mereka mengira dapat menipu Allah SWT dan orang2 beriman.Dan sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.Dan mereka tidak menyedari.Dihati mereka ada penyakit.Allah SWT menambah penyakitnya.Mereka akan mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta".
Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita ?. Kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya ?.Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara ?.Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari ?.Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya ?.. Bersatulah! wahai bangsaku..
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 94 yang bererti :-
Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi kejalan Allah,maka hendaklah kamu selidiki dengan teliti (mana yang kawan,mana yang lawan).Dan janganlah kamu berkata kepada orang yang mengucapkan salam kepadamu,"kamu bukan seorang mukmin".Kamu bermaksud mencari harta benda didunia.Allah mempunyai harta benda yang banyak.Demikianlah kamu dahulu,lalu Allah memberi kurnia kepadamu,maka teliti dan selidiklah (jangan terlalu mudah mengatakan seseorang itu bukan mukmin).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan.
Kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama sepatutnya merasa beruntung kerana dapat bergerak bebas serta beribadat dengan tenang tanpa berasa takut kerana negara kita yang aman damai.Namun keaman yang kita harapkan berpanjangan sehingga ke jenerasi akan datang mungkin akan menjadi sebaliknya.Kini telah kelihatan adanya usaha untuk menghancurkan perpaduan kaum melalui saluran politik yang menyemaikan sifat membenci pemimpin dan melagakan sesama kita.Ingatlah bahawa Rasulullah saw melarang kita menentang kerajaan seperti sabdanya dari Abu Hurairah Shahih Bikhari yang bererti:--
Dari Abu Hurairah r.a. : Ia mendengar Rasulullah saw bersabda : Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat).Sesiapa yang mematuhi pemerintah,bererti ia telah patuh kepada Tuhan.Sebaliknya sesiapa yang menderhakai saya (pemerintah),sesungguhnya ia menderhakai Tuhan.Sesiapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri),sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang menderhakai Amir,sesungguhnya ia telah menderhakai saya.Dan sesungguhnya Iman itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.Jika rakyat itu diperangi musuh Iman mempertahankannya.Jikalau ia memerintah taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil.maka kerana hal yang demikian itu,ia memperolehi pahala.Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan,maka ia berdosa (dihukum).
Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada PAS itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika Ahli PAS pula kerana Syaitan dengki melihat mereka senang, jika Kilang Arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika PAS pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina Kilang Arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan Kafir, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika PAS yang melakukan semua itu dikatakan ALLAH sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.
Firman Allah dalam An Nisaa' ayat 49-50 yang bererti :--
Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang mengira dirinya bersih ? Allahlah yang membersihkan siapa yang dikehendakiNya.Dan mereka tidak dianiaya sedikit jua pun.Perhatikalah betapa mereka mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah!Dan cukuplah (perbuatan itu) menjadi dosa yang nyata.
Ee ingin bawakan cerita pada 1 sehingga 2 Oktober lalu, Kongres 60 tahun PAS telah diadakan di Dewan Millineum, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kawasan yang sangat begitu besar itu bertukar menjadi sesak dengan kepala berserkup ketayap putih dan bermuka bengis sambil memandang orang lain yang tidak berketayap putih dengan penuh cuak dan kebencian keterlaluan.Mereka datang dengan Kenderaan-kenderaan yang tidak kurang mewahnya berbanding kenderaan-kenderaan pemimpin UMNO. Tinggal lagi, tidak seorang pun yang berani menayangkan Hummer atau kereta berharga lebih RM800,000 walaupun diketahui, ramai daripada mereka memilikinya.
Apa yang anehnya dari sebalik mata kaca Ee, di sebalik pertunjukan kemewahan dan kesenangan itu, para pemimpin PAS yang berhujah di pentas bermikrofon masih tidak segan silu untuk menceritakan tentang perjuangan Islam yang kononnya mereka istiqomah tentangnya. Mereka masih lagi cuba untuk menipu para pengikut PAS yang kurang berotak dan berakal untuk menceritakan tentang apa yang bakal mereka lakukan demi Islam, walaupun hakikatnya semua itu retorik semata-mata dan tidak lebih daripada doktrin pembohongan serta memperbodohkan ahli-ahli PAS yang lainnya.
Paling menyedihkan apabila melihat ibu bapa membawa anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa, tetapi disarungkan dengan baju serta t-shirt dengan logo 60 Tahun PAS ke kongres tersebut. Untungnya, cuaca agak baik dan hujan lebat tidak turun. Kalau tidak, pastinya yang dicari keredhaan tetapi yang diperolehi adalah anak-anak yang diserang demam dan selesema.
Namun di celah-celah kehebatan tersebut masih ramai penyokong-penyokong PAS yang masih percaya bahawa perjuangan parti mereka adalah mencari keredhaan Allah Taala. Mereka masih percaya dengan mengambil bahagian dalam parti tersebut, mereka akan mendapat keredhaan Allah Taala.
Pada Ee apa yang paling pasti, penganjur Kongres tersebut tentu sekali telah berjaya mengutip puluhan kalau tidak pun ratusan ribu ringgit hasil derma para hadirin yang mencari pahala dan jalan pintas untuk ke syurga!..hehehe..maka semakin teballah poket para penceramah dan semakin menipislah poket mereka yang mencari jalan pintas kesurga.
Sentimen perkauman yang ditiupkan oleh pembangkang ini sebenarnya amat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan berlakunya rusuhan kaum seperti trajedi 13 Mei 1969.Sepatutnya rakyat harus faham sejarah agar perkara seperti ini tidak akan berulang kembali.
Sebenarnya pemimpin2 PAS sedar dan mengetahui tujuan sebenar mengapa DAP sanggup membantu PAS dalam memerangi UMNO.PAS juga tahu bahawa musuh nombor satu DAP ialah UMNO. Sudah hampir lebih 50 tahun DAP cuba menghapuskan kuasa politik orang melayu/Islam. Pada PRU12 yang lepas mereka telah berjaya dalam misi nya. Kuasa politik melayu/Islam berpecah tiga.
Kuasa politik melayu hampir musnah di peringkat pusat. Tetapi mereka berjaya memusnahkan kuasa politik melayu/Islam dalam tiga buah negeri iaitu P Pinang, Perak dan Selangor.Kaum melayu/Islam di negeri Perak bernasib baik kerana terselamat dari bencana buruk itu.
Kaum melayu/Islam tahu siapa itu DAP dan siapa UMNO. Sekarang kita sedang berhadapan dengan krisis di antara DAP(cina) dan UMNO(melayu/Islam). Malang sungguh bagi kaum melayu/Islam kerana berpecah dikala menghadapi krisi ini. Sedangkan DAP(cina) sudah bersatu padu. Paling malang bagi melayu/Islam kerana PAS dan PKR pula membantu menambah kuatkan DAP(cina).
Anak2 muda hari ini ramai yang tidak faham makna 'kuasa politik'.
Ketika ini kuasa politik negara masih lagi di tangan melayu/Islam. Jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, pasti 'kuasa politik' melayu/Islam musnah.
FirmanNya dalam AT Taubah ayat 77-78 yang bermaksud :--
(Tingkah laku yang demikian) menimbulkan kemunafikan dalam hati mereka sampai pada hari mereka menemuinya (hari akhirat),kerana mereka memungkiri ikrar mereka dengan Allah dan juga kerana mereka berdusta.Apakah mereka tidak mengetahui bahawasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikkan mereka?.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui hal-hal ghaib.
Ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu jika mereka sendiri tidak mengubahnya.Allah dan NabiNya juga amat menitik beratkan agar hamba2nya bersatu dan ini amat ditekankan dalam Al Quran mahupun hadis. Jadi mengapa kita harus ingkar dengan Allah dan RasulNya.
Ingatlah amanah atau tanggungjawab setiap warganegara terhadap negaranya akan dituntut kelak.Ini semua dijelaskan dalam Al Quran mahu pun hadis.Selain dari menunaikan tanggungjawab terhadap negara dengan baik harus pula kita tanamkan rasa iman dan takwa kepada Allah.Kerana sesungguhnya dengan kekuatan iman dan takwa kepada Allah maka rasa tanggung jawab terhadap negara itu akan lebih bertambah kekuatannya.
Dengan merasakan tanggungjawab terhadap negara ini sebagai satu kewajiban dari Allah dan mentaati undang-undang negara maka akan amanlah negara itu,tenteramlah masyarakat dan ini membolehkan agama Islam itu dapat diperkembangkan.Masyarakat yang beragama Islam akan lebih menumpukan dalam ibadat mereka terhadapNya tanpa perlu rasa takut.
FirmanNya dalam An Nisaa' ayat 58 yang bererti :--
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan / melaksanakan amanah (pertanggungjawaban) terhadap orang-orang yang diberi amanah itu.Dan apabila kamu menghukum antara manusia,lakukanlah dengan adil.Sesungguhnya Allah memberi pelajaran yang baik kepadamu,Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Hayatilah dan fahamilah akan makna yang tersirat mahupun yang tersurat dalam Al Quran mahupun hadis tidak ada satu pun surah mahupun anjuran agar kita berpecahbelah dan menentang pemerintah.Ingat putar belit musuh-musuh Islam yang nyata dan tidak nyata iaitu mereka yang bertopengkan agama akan sentiasa mencari kelemahan umat Islam semata untuk berkuasa dan seterusnya akan menghina agama kita.Bersatulah! dalam 1 Malaysia demi kepantingan maruah agama,bangsa dan negara..jangan jadi Petualang kepada anak cucu,cicit dan jenerasi akan datang kerana kecewa dan gila untuk berkuasa..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment