LAGU LAMA KEMBALI bERDeNDANG

Kalau diletak panas, bukan lagi panas, berapi-api dengan lenyataan yang dilafazkan oleh timbalan presiden. LDP dalam ucapannya perasmian Pemuda dan Wanita LDP telah mendendangkan lagu lama yang sebenarnya telah dijurikan dan diputuskan.

Kemudian seruan tersebut disahut pula oleh ketua wanita LDP seintonasi mendendangkan lirik lagu tersebut dengan lebih terperinci. Diikuti irama sama oleh ketua Pemuda LDP. "Penggiliran" tajuk disediakan.

antara ayat yang dinyatakan oleh nancy. Lim :

" For the past 16 years of bN ruling in sabah. Nancy pointed out that the Chief minister's post was held more than 11 years by muslim bumiputera, 4 year by chinese and only 9 months by the non-muslim bumiputera...."

Pu3 faham maksud ketiga kepimpinan. LDP, mereka membangkitkan semula isu penggiliran yang telah dijanjikan sebelum ini. Ertinya kononnya berlaku ketidakadilan dalam penggiliran tersebut. Yeker? Besar sangatker kedudukan mereka sehingga mereka ni beriya-iya sangat berkehendak dan terdesak mengiri kerusi tersebut. Mampukah mereka? Menjaga kerusi yang sedia adapun sukar diaplikasi keselamatannya.

Pu3 ingin refreash ingatan mereka yang semakin luput daya ingatan ( agaknya hampir expired. Tu yang asyik terlupa) 2003, penggiliran telah diputuskan dalam perundingan dan keputusan tetap diterima oleh seluruh kepimpinan BN sabah, dilupuskan dan dimansuhkan. Bukan ketetapan yang hanya diumumkan tetapi dipersetujui dan diterima oleh keseluruhan kepimpinan. Kenapa kini diungkit semula? Kuat sangatker kedudukan mereka kini sehingga kepimpinan sayap dan timbalan presiden LDP berani mengungkitnya.

Tindakan mereka dalam keluarga BN, umpama menghidupkan bara utk membakar rumah sendiri. Jgn lupa, UMNO parti bermaruah, apa yang dilakukan memberi penghargaan dan penghormatan kepada seluruh ahli keluarga BN, lembut memberi laluan. Tetapi lembut bukan bermakna membenarkan diri dipijak!

Jika ingin menyuarakan perkara yang boleh mencetus kehangatan, tak bolehkah perkara ini disuarakan atas meja mesyuarat. Kalau ingin lebih akademik, sediakanler kertas kerja. Hehehhehe tu mcm pelajarnya thinking, yang formal. Baut it was good. Ia tertutup dan muhibbah. Bukan seperti akal yang tk matang, seperti suara mereka tak mampu dizahirkan dalam perbincangan.

Usah dibalun media ya kenapa isu ni terkeluar. Itu tugas mereka, yang perlu dituding adalah mereka yang menyuarakan.

Pesanan pu3, fikirkan semula. Usah mengipas perkara yng boleh menghidupklan api dalam keluarga. Dan ukurlah pakaian sendiri sebelum nak menyarungnya. Fikirkan.

P/4: gambar di atas, gambr pu3 ambil sebagai hiasan. , kebetulan pu3 terlibat dalam majlis penerangan perdana sabah.

Comments

Popular Posts