Ee si kucing cerita lagi: Pada mereka Selamat Jalan Romeo.by2 Pakatan..
Selain sedar akan kebangkitan UMNO dan BN, Pakatan Rakyat ini sememangnya gerun dengan gelombang transformasi yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Dengan masa depan ketua mereka yang suka meliwat dan gagal mengawal pemilihan partinya, DAP dan PAS agak gusar dengan jawatan MB yang disandang di negeri masing-masing.Mereka sebenarnya tidak yakin untuk mampu mempertahankan jawatan di negeri-negeri yang mereka tabir ini.
Pada Ee kejayaan demi kejayaan yang diperolehi BN kebelakangan ini adalah bukti terbesar kepada kejayaan itu yang mendesak pembangkang menguatkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri termasuk dalam isu yang pada kita terlalu remeh.
Sekarang Pakatan Rakyat sedang berusaha menimbulkan rasa tidak pus hati rakyat kepada kepimpinan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri dengan harapan, kekacauan yang berlaku dibeberapa negara Timur Tengah akan turut berlaku di negara ini dan mereka ada peluang untuk membentuk kerajaan.
Pada Ee mereka lupa, rakyat sudah terlalu bijak untuk dibodoh-bodohkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat ini. Rakyat lebih bijak menilai antara salah guna duit rakyat untuk kepentingan parti (seperti dilakukan komponen Pakatan Rakyat) dengan usaha mendekatkan diri oleh seorang Perdana Menteri dengan rakyatnya.
Pada Ee jika diselami ayat-ayat al-Quran dan Hadis, apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS kini dan diterima sebagai suci, laduni, Islamik dan pakar hukum itu oleh penyokong taksub sebenarnya adalah perbuatan ahli neraka kerana yang jelas Allah melalui al-Quran dan Nabi s.a.w. melalui Hadis mengharamkan pemutusan hubungan silatur-rahim.
Apatah lagi pemimpin2 PAS dan penyokongnya mendabik dada menyenaraikan puak yang layak dan tidak layak masuk syurga atau neraka, lagi-lagilah berdosa dan menyesatkan kerana syurga-neraka adalah hak Allah yang mana hamba-Nya tidak berhak untuk campuri urusan syurga dan nerakakan seseorang hamba-Nya.
Apa yang Ee pelajari selama ini..apa yang boleh dilakukan oleh manusia adalah melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan dengan tawadhuk dan tidak kerana lain selain dari kerana Allah. Kalau beribadat kerana mahukan syurga, ianya sudah termasuk dalam amalan yang tidak tulus dan tidak tawadhuk, apatah lagi kalau tunjuk tawadhuk kerana kepentingan politik, ianya sudah menjadi tidak betul kerana lain selain dari kerana Allah.
Pada Ee orang PAS kena banyak ilmu,banyakan membaca buku di perpustakaan dan berguru dan tidak terlalu ghairah mahu bercerita pasal agama tapi kosong.. kena banyak membuat penyelidikkan supaya diketemukan kitab yang menegaskan bahawa menentang sebuah kerajaan yang ketuanya adalah seorang yang beragama Islam adalah haram. PAS gagal mencapai impian supaya menang dalam pilihanraya, maka Umno/BN dianggap menentang Islam,ianya adalah suatu tanggapan yang sangat menyesatkan dan boleh menyesatkan akidah.
Pada Ee DAP berjaya mencorak hala tuju perjuangan Pas apabila parti itu menggugurkan perjuangan untuk membentuk negara Islam kepada perjuangan negara kebajikan ketika Muktamar Tahunan Pas ke 57, baru-baru ini.Ini membuktikan bahawa Pas tidak konsisten dalam perjuangan partinya kerana dengan mudah mengikut telunjuk DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Parti Pas sudah caca marba, tak tahu hujung pangkalnya, sekejap tuduh UMNO jahil, UMNO ini perjuangkan orang Melayu, segala-galanya Assobiah, ini semua zaman jahiliah UMNO parti jahilliah pelbagai lagi kata umpat.Wahai Pemimpin PAS! mana perjuangan negara Islam?..jangan ambil wadah perjuangan UMNO dan Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan perjuangan UMNO yang membela semua kaum tanpa mengira agamanya..
Islam semakin terkorban kerana PAS terlalu banyak mengikut telunjuk dalam pakatannya kerana mahu menjaga hati sekutu biarpun ayat-ayat Al-Quran dipersenda dan rumah Allah dijadikan medan berpolitik..Pada Ee Nik Ajis gagal melaksanakan apa yang dituntut dalam Islam iaitu bersifat baik dengan mana-mana golongan bukan Islam dan berdakwah kepada mereka tetapi dalam masa yang sama memperkukuhkan perpaduan sesama Islam sebagai satu saudara.
Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz adalah sebaliknya iaitu golongan Islam dipecahkan dan enggan berbaik dalam satu permuafakatan sedangkan yang kafir pula diagung-agungkan..selama lebih 20 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar di Kelantan apa yang telah beliau lakukan untuk menegakkan syiar Islam?..Jawabnya tidak ada apa-apa selain patung-patung berhala yang wujud dengan pelbagai saiz, dari yang berdiri, duduk sampailah berbaring semua ada di Kelantan sedangkan Menteri Besarnya selalu melaungkan negara Islam...
UMNO bukan saja letakkan Islam sebagai juara tetapi UMNO juga menjadi juara dalam Islam sama ada dalam pentadbiran, pengurusan, politik, ekonomi dan macam-macam lagi sehinggakan Malaysia dikenali sebagai model negara Islam hasil daripada perjuangan UMNO..Hanya orang-orang PAS yang buat tak nampak..pada mereka Islam itu PAS dan PAS itu Islam jadi selain dari orang PAS tidak berhak berkata tentang Islam..Ketahuilah bahawa rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!..Rakyat semakin cerdik bukan hanya sekadar angguk2 geleng2 dalam majlis ceramah 'Tin Milo' merapu Pemimpin PAS 24 jam terkinja-kinja macam hantu Cina tak tahu hujung pangkalnya dan yang ada cuma halwa telinga untuk mendapat dosa kering saja..
Ee tegaskan bahawa pemimpin2 PAS sanggup jadi barua kepada Komunis dan Yahudi, mereka rela mempersundalkan agama, bangsa dan tanah air, hanya untuk membesarkan perut mereka anak beranak. Sedarlah dan insaflah ahli2 PAS, anda semua telah diperbodoh bodohkan oleh pemimpin2 terencat akal. Di mata mereka anda semua, ahli2 Pas tidak ada makna dan harga, mereka lebih kepada memperjuangkan Lim Kit Siang anak beranak, Ngek dan nGok, Siva dan Bala, Aljuburi anak beranak, Chin Peng dan peliwat2. sedaralah dan insaflah wahai ahli2 sebulum ajal menjelma di depan mata, tangisan berdarah pun tak berguna lagi...Pada Ee janganlah para Pemimpin Pembangkang terutama PAS menbuat lawak Mr.Bean..Lucu namun kosong..Jika Bean dengan lawak bodohnya..Jangan pula yang memjadi "Kacang lupa Kulit".. alamatnya kena kunyah masuk perut kemudian keluar jadi HamPAS yang busuk..
Pemimpin2 Islam seluruh dunia,Negara-negara barat dan para pemimpin bukan Islam dunia lainnya juga mengakui bahawa negara ini sebagai sebuah negara Islam jadi bagaimana mungkin Nik Ajis dan penyokong PAS bersikap sebaliknya dan enggan mengakui kebenaran...Rakyat kini lebih meyakini UMNO dan BN untuk memerintah Malaysia bumi bertuah ini!.Pada mereka Selamat Jalan Romeo.by2 Pakatan Rakyat.. Apa tah lagi selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet luar biasa yang akan memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat..Pembentangan ini membuatkan Pemimpin2 Pembangkang yang sering Menabur Janji Palsu penuh Kemunafikan Terkedu..
Jika selama ini "Omong Kosong Pemimpin Pembangkang terutama PAS untuk menegakkan kebajikan dengan kononnya berjuang dalam penubuhan Negara Berkebajikan (Retoriknya) bila hampir pilihanraya Hudud pula (Munafiknya) hanya mendabik dada seolah Ayam Sabung tetapi bila patah saja Taji maka kena sembelih dik DAP maka terkulailah kena cucuk leher dengan Copstick..Berbeza dengan UMNO yang sentiasa membela kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa dan agamannya sekian lamanya..bak kata PM "Ada pihak baru kenal erti kebajikan tetapi BN sudah lama buat kebajikan kerana BN yang merupakan juara kebajikan kepada rakyat kita tidak mendabik dada.Kita serah pada rakyat untuk menilai kebajikan itu".
Inilah bajet paling bersejarah yang mengambil kira golongan berpendapatan rendah dan menengah secara telus. Sehinggakan rakyat mendapat pendidikan dari alam sekolah rendah sehingga menengah secara percuma.Mungkin juga negara kaya pun tidak dapat melaksanakannya.Satu Bajet yang mencerminkan keazaman UMNO untuk meningkatkan ekonomi rakyat serta mahu menjadikan rakyatnya Berpendidikan Tinggi tanpa membezakan antara yang berkemampuan dengan tidak..Kini rakyat tidak perlu risau dalam soal pendidikan..tidak ada lagi soal mampu atau tidak mampunya..Yang penting ada kemahuan untuk terus berusa dalam memperbaiki pencapaian sehingga ke Puncak Kejayaan..
Bajet yang berasaskan konsep 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".Tahniah!..Tahniah!..Tahniah!..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment