SEBARANG RUNDINGAN HIMPUNAN TELAH DITUTUP. MUKTAMAD

PEWARIS ANAK BANGSA

Menurut Timbalan Ketua Polis DS Khalid Abu Bakar,sebarang bentuk rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9hb Julai ditutup. Beberapa cubaan Polis untuk 'berlembut' dan guna pendekatan berhemah seperti penerangan dan penjelasn menemui jalan buntu.

apa sahaja himpunan haram oleh mana-mana kumpulan tidak
ada kebenaran
Menurut sahabat Pu3 yang memberikan maklumat, Polis menutup semua pintu rindingan dengan mana-mana penganjur selepas nasihat diberikan kepada pemimpin-pemimpin sejak semalam dan kelmarin. Tetapi malangnya mereka masih berkeras unuk meneruskan dan menyertai Perhimpunan Haram. Dengan ini, putus sesiapa yang menyertai Himpunan Haram itu bakal dikenakan tindakan tegs termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Apa lagi. fikirkanlah dengan waras. walupun kita dipihak yang benar, jangan kita terlibat dengan pelanggaran undang-undang. Perjuangan tetap. tetapi ikutilah peraturan yang ditetapkan. risiko bukan orang lain akan tanggung dengan apa kita lakukan. tetapi diri kita sendiri. renung2kan. selamat berwaras.

Pu3 tahu mungkin ada yang marah atas kenyataan atau gambar yag pu3 masukkan dalam penulisan ini. Jiwa memanglah sokong pada kerajaan sekarang tetapi tak bermakna perlu diikut perasaan tanpa menunjukkan kebijaksanaan. kali ini, pu3 semakin bangga menyatakan bahawa pilihan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bertegas Tidak perlu demontrasi Jalanan.

Pu3 berpendapat demontrasi jalanan ini adalah kaedah yang tidak mendatangkan kebaikan keseluruhan. ia hanya mendatangkan imej yang sangat negatif terutama kepada orang luar yang berada di malaysia, kesannya sangat besar. Kita serahkan sahaja pihak keselamatan mengatasi HIMPUNAN BERSIH ini. kita pejuang kebenaran berpaksikan PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG.

Comments

Popular Posts