PELAJAR DI MESIR BUAT DEMO MINI BERSIH??? ISHHH

PEWARIS ANAK BANGSA

sebelum ini, Pu3 ada bawakan cerita tentang sebuah blog mengajak pelajar yang belajar di mesir untuk menyokong BERSIH dengan memakai pakaian berwarna kuning sepanjang hari pada 2hb Julai , melakukan aktiviti rutin seharian. Tanpa menyatakan perlu adakan perhimpunan.

Pagi ini, pu3 terima info dari salah seorang adik pu3 yang belajar di sana , 2hb Julai, demo atau himpunan mini BERSIH on juga di sana . Mereka berarak dari rumah ke rumah sambil emngedarkan pamplet. cuma perarakan tersebut tidak sampai ke rumah yayasan sabah sahaja. hmmmm.. kenapalah pelajar di sana ni, pendidikan dh tahap IPT tetapi pemikiran tak secerdik mana.

Pu3 mohon agar kementerian Pengajian Tinggi menyiasat hal ini dan ambil perhatian tindakan mereka ini. Jika pelajar di Malaysia kemungkinan besar akan dikenakan tindakan , bagaimana pula pelajar yang berada di luar negara yang melakukan perkara sama?

Pelajar Malaysia yang terlibat dengan perarakan di sana, korang ini, kenapa menjadi manusia yang tak tahu malu ini? tak cukupkah disebabkan korang, kerajaan terpaksa mennaggung perbelanjaan tinggi membawa balik dahulu? dah tu menyalahkan kerajaan dengan kata bukan korang yang nak balik. tetapi semasa proses membawa kembali dahulu, korang pula mengamuk ngadu2 kat pembangkang kata korang tidak dipedulikan keselamatan. Alahai, apalah nasib ibubapa yangf mempunyai anak jenis menyusahkan ini. dahlah belajar ditaja sudahnya tikam belakang pula.

P/s: Pu3 harap sangat hal ini disiasat. sekarang pu3 masih menanti rakaman video yang dirakam oleh rakan adik pu3. jika dapat, pu3 akan uploadkan rakaman tersebut

Comments

Popular Posts