KUNING? PERJUANGAN ATAU SEKADAR UNTUK JENAKA

PEWARIS ANAK BANGSA

Berita semasa kini mengaitkan warna Kuning sebagai lambang BERSIH 2.0. Sebelum ini kuning melambangkan kedaulatan Raja-Raja.  Pu3 masih mengekalkan prinsip bahawa kuning itu adalah warna Raja-Raja bukan  sebagai kumpulan  manusia yang nampak sangat kegilaannya. Kalau bangga sangat, kumpulan ini bukanlah perintis atau pengasas warna kuningpun.

Semalam , pu3 ikuti perbincangan rakan dalam group FB, banyak sangat menyentuh kuning ini sebagai sartu perjuangan pembangkang yang mendewakan AMBIGA dan mendaulatrkan ANWAR the King Of Drama tersebut. Oklah, pu3 hormati perjuangan mereka walaupun ianya adalah perjuangan yang sangat tersasar jauh dari perjuangan landasan sebenar.

Tetapi sekarang, saat ini, ketika ini, perbualan atau perbincangan rakan  belah PR dalam group bukan lah menunjukkan keseriusan mereka dalam meminkan kemeriahan perbincangan dalam kumpulan tetapi sebagai satu lawak jenaka yang tidak melucukan buat pu3. Apabila kuning dikaitkan sesungguhnya dengan mereka termasuklah Queen Elizabert yang sememangnya udah sinonim dengan menyarungkan gaun berwarna diRaja sewaktu menerima kunjungan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Apabila membaca setiap komen atau jawapan balas, seketika pu3 tersengih, inilah sahaja tahap akal penyokong PR. agaknya mereka sudah semakin hilang kewarasan mereka selepas gagal menjayakan perjuangan mereka dalam himpunan BERSIH 9hb Julai yang lpas. Paling jelas, pu3 yakin, mereka yang  menjadi batu api dalam FB mahupun blog seorangpun tidak terlibat dengan himpunan tersebut kerana kecutnya diri mereka. Pu3 akui pu3 tidak terlibat langsung himpunan PATRIOT kerana pu3 berpegang teguh kepada MEMBANTAH DEMONTRASI JALANAN. jelas , kenapa pu3 tidak turut serta perjuangan sahabat pu3 walupun pu3 akui, pu3 sangat kagum dengan keberanian mereka.

Pesanan pu3, selepas ini, jangan pula dikaitkan pakaian Raja-Raja Melayu sebagai menyokong BERSIH ini,  Korang tahulah akibatnya jika mempersendakan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Comments

Popular Posts