KENALI SEJARAH DAP - SATU PENULISAN MENGAMPU TERHEBAT PERNAH DIBACA. SIAPAKAH PENULISNYA? SEORANG MELAYU YANG BUANG BANGSANYA!

PEWARIS ANAK BANGSA
Pu3 membaca tulisan seorang YANG JELAS MENGANGKAT DAP sebagai Parti yang terhebat. Gaya penulisan ini menunjukkan dia mestilah seorang Melayu. Pelik tul pu3 kenapa jadi seperti ini.  Pu3 sengaja kongsikan penulisan ini untuk tujuan kita tahu . Adakah kerana ketksuban ini, ada di kalangan Melayu Islam termasuk ahli PAS menyokong DAP. Sebagai renungan dan kesedaran. :

SEJARAH PENUBUHAN DAP"
Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang

“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

DAP bertanding dalam pilihan raya umumnya yang pertama pada 1969 dan memenangi 13 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang.

DAP mengalami pasang surut dalam pilihanraya-pilihanraya umum yang ditandingi dalam tempoh 42 tahun di antara 1969 dan 2008, daripada memenangi hanya 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 1995, hinggalah berjaya meraih 20 kerusi Parlimen dan 79 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihanraya umum 2008.

Dalam tempoh penuh pahit manis selama lebih empat dekad, DAP masih berdiri di baris depan perjuangan untuk merealisasikan prinsip demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan sebuah Malaysia berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama yang sentiasa bersatu.

Pemimpin, ahli dan penyokong DAP tidak mudah gentar atau tersentak apabila ramai di antara mereka terpaksa menghadapi cabaran demi cabaran kerana kepercayaan politik mereka. Ada di kalangan pemimpin parti yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, didakwa, disabit bersalah dan dipenjarakan di atas pelbagai tuduhan palsu dan dakwaan yang dirada-adakan, selain menjadi mangsa dalam pelbagai bentuk intimidasi oleh pemerintah.

DAP dalam tempoh 30 tahun pertama perjuangannya telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada perpecahan dan kehancuran dengan memecahkan acuan keras dasar pembinaan negara yang berdasarkan asimilasi dan bukannya integrasi.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara terbuka pada 1994 telah mengakui bahawa dasar pembinaan negara asimilasi yang mana ia cuba laksanakan pada asalnya, dengan pendekatan “satu bahasa, satu budaya” yang enggan mengiktiraf realiti negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya, adalah tidak sesuai untuk sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Ketegasan DAP yang konsisten dan tidak berputus asa dalam pendekatan integrasi dalam pembinaan negara bangsa telah berjaya dalam penentangannya ke atas sebarang dasar asmilasi.

Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.

Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.

DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama. Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA “Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil” demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.

Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam.

Namun demikian, cabaran terbesar bagi Malaysia terletak pada masa depan dan bukan masa silam – merealisasikan sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia di mana semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama dapat menikmati keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan baik.

Dalam pilihanraya umum bulan Mac 2008, satu senario politik baru telah muncul di Malaysia di mana kongkongan BN ke atas majoriti dua per tiga di parlimen akhirnya dihapuskan. Kuasa di lima buah negeri bertukar tangan – Pulau Pinang yang kini dipimpin oleh seorang Ketua Menteri DAP, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Keputusan pilihanraya ini telah menyaksikan penubuhan Pakatan Rakyat oleh tiga parti pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS – yang berjaya menguasai 82 dari 222 kerusi parlimen – demi merealisasikan negara Malaysia yang adil, bersatu-padu serta demokratik.

DAP akan terus berusaha dalam komitmen politiknya untuk mewujudkan sebuah Malaysia yang adil, saksama, demokratik dan bersatu-padu supaya negara kita mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman teknologi maklumat dan globalisasi serta mengambil tempat yang sewajarnya dalam arena antarabangsa.

Berapa banyak bayaran yang penulis ini terima dengan mengangkat DAP? menghina BN? dia ni membesar kat mana sebenarnya? Luar negaranya sehingga dari perut ibunya sehingga dia mampu menulis begini langsung tiada jasa tertanam dalam setiap tisu badannya dan akalnya? inilah namanya seorang bangsa yang pengkhianat. Agaknya genatik King Of drama memang menglir dalam tubuhnya.

Comments

Popular Posts