AMBIGA MINACI SASAU!

PEWARIS ANAK BANGSA

mana bersihnya mana adilnya himpunan minaci
Jom kita baca kenyataan Pengerusi SPR :-

1. Sebarang demonstrasi tidak akan selesaikan masalah. Demonstrasi ini tidak akan meluluskan pindaan kerana kerajaan sedia ada tidak ada majoriti dua pertiga.
2. Beliau sudah jelaskan kepada Ambiga dalam surat beliau dan pertemuan secara panjang lebar tapi Ambiga masih tetap mendesak supaya dipinda peruntukan peraturan SPR ikut kehendaknya.
3. Sekitar Disember tahun lepas, Ambiga dan gerombolannya ada bertemu dengan Abd. Aziz; dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta para pegawai kanan suruhanjaya itu.
4. Ambiga dikatakan datang bersama sembilan yang lain seolah-olah hendak mengajar cara kerja SPR serta membangkitkan semua isu pilihan raya dalam perspektifnya. Ambiga datang seolah-olah dia pakar dalam kerja SPR.
5. Abd. Aziz sendiri terkejut dengan ceteknya pengetahuan Ambiga apabila dia membangkitkan isu tentang pendapat Bersih bahawa tiada halangan untuk dibenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.
6. Ambiga bertanya kepada SPR kenapa tidak dibuat pendaftaran automatik, maka dijawab Abd. Aziz bahawa Malaysia perlu meminda Perlembagaan dahulu. Namun, dibalas oleh Ambiga, tak perlu.
7. “Saya terkejutlah, takkan Datuk Ambiga tak tahu bahawa Perkara 119 (4) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa pendaftaran menjadi pemilih perlu dibuat secara memohon." kata Abdul Aziz
8. Ketika ini hendak meminda Perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, maka bukan sesuatu yang mudah untuk sesuatu pindaan itu dibuat.
9. Senarai Daftar Pemilih sentiasa dibersihkan oleh SPR sepanjang masa.
10 Ada beberapa cara untuk membersihkan senarai pemilih :-
a. Nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan daripada senarai pengundi. Ia memerlukan kerjasama rapat antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
b. Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad).
11. Malaysia tidak boleh melaksanakan pendaftaran secara automatik kerana itu bukan bidang kuasa SPR dan ia memerlukan pindaan Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pendaftaran sebagai pengundi dibuat secara memohon.
12. Pengerusi SPR itu menolak kecaman Ambiga bahawa kononnya SPR kendaliannya tidak berbuat apa-apa dalam menangani isu rasuah semasa pilihan raya padahal SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.
Pu3 lagi pelik yang sanggup menyokong perjuangan ambiga ini walaupun mereka jelas dengan tindak tanduk sebelumnya. Perlantikan Ambiga yang terang dan jelas pendokong ISLAM MURTAD dan amalan Pluralisme sebagai Pengerusi Bersih adalah permulaan kepada agenda tidak baik dalam Bersih. Kenapa tidak dilantik kalangan ahli politik dari PAS seperti Khalid Samad atau Nasrudin Hassan kerana ahli PAS yang diwar-warkan peserta demo yang paling ramai dikerahkan keluar ke jalan raya nanti?

Jika SPR yang menjadi sasaran, kenapa tidak dibuat demonstrasi jalanan di Pejabat SPR ? kenapa pilih jalanraya dan menyusahkan warga KL yang lain ?

Jika tujuan utama adalah utk menghantar memo kepada DYMM YDP Agong, kenapa perlu berarak ratusan ribu penyokong seolah-olah mahu melancarkan perang terhadap Baginda dan Kerajaan yang SAH dipilih melalui proses demokrasi ? Sedangkan pihak berkuasa telah memberi pilihan supaya perhimpunan boleh dianjurkan dalam stadium.

Jika Hak Berhimpun yang selalu mereka laungkan terutamanya 'Bastard' Majlis Peguam dan Profesor kangkung Aziz Bahri digunapakai, bagaimana dengan HAK pengguna jalanraya, HAK peniaga, HAK keselamtan pekerja di Kuala Lumpur pada 9 Julai? Hanya kerana HAK berhimpun digunapakai maka Bersih dan pakatan pembangkang PERSETANKAN hak-hak orang lain.

Tiada siapa halang Bersih mahu berhimpun dan menghantar memo yang DYMM YDP Agong jika kena pada caranya. Tetapi cara dan gerak kerja mereka penuh muslihat hanya semata-mata mahu memiliki kuasa politik dan menjayakan agenda Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Terkini apabila penyokong Bersih mengangkat Chin Peng, Rashid Maidin sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN dan menghina mereka yang berkorban demi kemerdekaan seperti Tunku Abd Rahman sebagai barua BRITISH dengan kenyataan terbaru Setiausaha Parti Sosialis Malaysia,

Bersih sekadar kulit hadapan sahaja tetapi agenda licik disebalik nya cukup kotor dan jahat. Dan kita wajib menentang. Dan ini adalah JIHAD

terima sahabat yang kongsi maklumat ini. Ada kala , Pu3 rasa nak muntah juga apabila mengenang betapa bangangnya pengikut BERSIH. Balik rumahlah kalau nak bersih sangat. Yakin sangat rumah mereka sah bersepah. dah otak berserabut tak ada masa nak merenung diri kerana dah dipenuhi nafsu

Comments

Popular Posts