PUSINGAN 360

Tahukah anda bahawa menjadi kegilaan pengguna smart phone yang sukakan berselfie menggunakan Camera 360. sememangnya wajah akan bertukar sepenuhnya dari yang asal. yang gelap menjadi pulih melepak, wajah menjadi glowing. ianya membahawa kebahagian kepada sesiapa yang melihatnya. mendatangkan keyakinan menghadap gambar sendiri serta sudah pasti kongsikannya menjadi atapan rakan media sosial. alangkah bahagianya



tetapi dalam politik ini, jika kelakuan bertukar pusingannya 360 darjah, adakah ia membawa kepada kebaikan? ketika memegang jawatan tinggi, segalanya dinyatakan PENUH SEMANGAT dan tunjukkan KESETIAAN. kononnyalah kannnnn.. apabila TINGGALKAN, minyak yang ditatang penuh sebelum ini ditumpahkan dengan penuh kezaliman, bukan setakat dibuang, malahan dibakar sehabis-habisnya dengan hasrat minyak itu lenyap dari permukaan.

sebelum ini dipuja, didamba dijulang diangkat. namun kini hanya kerana NAFSU tak dicapai, terus melemparkan kata-kata nista, tohmahan, fitnah dan kononn tidak atau apa-apa sewaktu menggalas jawatan utama! alahai apa punya angkara! 


sebenarnya manusia-manusia jenis ini, adalah spesis yang langsung tidak boleh diberi muka, apa lagi dipercaya. hari ini dia boleh jadi rakan, esok dia menjadi lawan yang kerjanya menjahanam. sebelum ini dia yang tak pernah berhenti menceritakan dan menerangkan capaian yang baik pada perkara tersebut tetapi kemudiannya boleh pula orang sama menyatakan dia langsung tidak tahu apa-apa tentang perkara sama. sekali lagi LADY katakan, TIDAK TAHU APA-APA! kononlah,.. eh? dari BIJAK menjadi BODOH ker, atau dulu berakal sekarang mengular? (hope pembaca faham maksud -mengular ini ya)

Pesanaan LADY pada pembaca, JANGAN TERPEDAYA PADA CERITA 360 INI. LEBIH BAIK JADI BIJAK. KAJI SEMULA LATAR BELAKANGNYA SEBELUM DIA MENJADI APA YANG ADA SEKARANG. ADAKAH DIA BUAT KERJANYA ATAU LANGSUNG TIADA, HANYA TUMPU PADA PEROLEHI SOKONGAN DEMI MENGEJAR CITA-CITANYA. TEPUK DADA TANYA MINDA

Comments

Popular Posts