DUA DITAHAN BUAT KENYATAAN JELIK, AKAUN FACEBOOK PALSY KERABAT JOHOR
Hahahahah... ada-ada sahaja.. agaknya kedua manusia ni dah tak ada benda lain yang nak dibuat ketika masa terluang sehingga mengambil langkah sebegitu!! Elok sangatlah luangkan masa dalam tahanan polis. Masa tu baru ada ruang untuk muhasabah diri. Tupun kalau sedar diri atas kesalahan diri!!!
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai eksekutif operasi sebuah syarikat, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik, ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pada 5 petang.
Sementara, suspek wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan dipercayai membuat akaun palsu, ditahan di lokasi sama antara 3 dan 4 petang.
"Pada 19 Jan dan 25 Mac lalu, Polis Johor menerima dua laporan masing-masing mengenai kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan institusi Diraja Johor serta satu akaun Facebook palsu yang digunakan untuk menyamar sebagai kerabat Diraja Johor.
"Sehubungan itu, dua kertas siasatan telah dibuka bagi siasatan lanjut serta mengesan individu-individu yang dipercayai membuat kenyataan jelik dan Facebook palsu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Wan Ahmad Najmuddin berkata bagi kes membuat kenyataan jelik, suspek disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara, bagi kes menyamar sebagai kerabat Diraja Johor, suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Kese­ksaan, dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Beliau berkata pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan media sosial. - BERNAMA
Comments
Post a Comment