MACAM-MACAM GULA-GULA
Akhir-akhir ini segala perangai semakin menonjol, ditonjol dan tertonjol. bukan setakat menayangkan perangai yang sebelum ini disembunyi, dengan tidak malunya menunjukkan kebodohan tahap bangang gaban.
LADY bukan berhenti nak menulis atau melemparkan komentar.. seronok pula menjadi pembaca dan memerhatikan gelagat yang semakin muncul bagai cendawan. yang sebelum ini hanya diam membungkam, kini tiba-tiba umpama sabut timbul dipermukaan air. ini belum lagi cerita ceriti suka suki yang melakonkan pelbagai watak, wakat jahatnya, watak konon heronya, watak dalam keperitan kesedihan dan ada juga menunjukkan kebijaksanaan .
yang LADY menjadi tertanya-tanya. kenapa saat individu itu berkhidmat, beliau terus mendiamkan diri? adakah dia merelakan dirinya bersubahat atau sememangnya dia sengaja menunjukkan kesetiaanya kerana dia sedang berkhidmat dengn si polan dan sipolin. ada apa-apakah? tiba-tiba nak tunjukkan ketelusan diri atau.. ada udang disebalik mee??? ada siapa boleh jawabkan?
belum lagi yang hero mengalahkan spiderman dan tarzan yang dengan gagah menerjah ke hadapan konon nak menuntuk pembuktian di mana perjuangan untuk rakyat? wah... segalanya menjadi keseronokan untuk LADY membaca dan memerhati. wah.. apakah ini petanda THE DAY dah sampai?????
akhir-akhir ini, cerita WARUNG KOPI kembali PANAS. al maklumlah, konon pilihanraya hampir menjelang tiba. ada sahaja cerita angin digapai, cerita kodok ditatang. inilah calonnya itulah calonnya. belum cerita konon kalau si polan jadi calon, bakal ada tentangan si polan B yang maha hebat menenggelamkan si Polan a tersebut. seronokkan perihal NGETEH menghirup aroma kopi sambil berdondang.
apapun, salam bertmu semula dari LADY, andai panjang umur, LADY mungkin akan mencatat lagi
apapun, yang penting, jangan mudah digula-gula dengan janji-janji yang belum nyata walhal sudah lama kita menikmatinya. agaknya kerap sangat mengulum, tu yang kita tidak sedar nikmati gula yang sudah sekian lama kita kecapi sehingga terbuai huluran iklan gula baru yang belum tentu lazatnya!
hehehe.. LADY sengaja gunakan kiasan dalam catatan kali ini. pandai-pandailah pembaca mentafsir dan memahaminya. kalau ada yang terasa.. muhasabalah diri, bagi yang menganggapnya sebagai hiburan juga.. selamat menikmatinya.
Comments
Post a Comment