TERLALU AWAL UNTUK KAITKAN PENEMUAN FLAPERON DENGAN PESAWAT MH370 : MAS
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu mengenai penemuan flaperon pesawat di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, MAS memaklumkan masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan tersebut dengan pesawat MH370.
"Masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan membuat spekulasi mengenai dari mana asalnya flaperon itu buat masa ini," kata MAS dalam kenyataan media di sini hari ini.
Laporan menyebut, cebisan sayap yang ditemui berkemungkinan bangkai MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang.
Serpihan berukuran dua meter panjang itu dipercayai daripada bahagian sayap pesawat ditemui sekumpulan individu yang sedang menjalankan operasi pembersihan pantai di pulau tersebut. - ASTRO AWANI
Boleh digunakan untuk mengalih tumpuan isu 1MDB..
ReplyDelete