Followers

ORANG TANYA BN BOLEH MENANG ESOK? SAYA KATA ESOK BUKAN PRU : AHMAD MASLAN

Hehehehe.. LADY kagum dengan jawapan yang diberikan oleh Datuk ahmad Maslan apabila dikemukakan pertanyaan berkenaan menang atau tidak BN kalau PRU esok. Jawapan dalam bentuk jenaka sebenarnya menjawab swcara keswluruhan apabila sering kali perkataan "ESOK PRU" dijadikan sebahagian besar pernyataan dan perumpamaan digunakan . Sila baca di bawa ini:

KUALA LUMPUR:  Datuk Ahmad Maslan berkata tidak perlu menjawab sama ada Barisan Nasional (BN) boleh menang pilihan raya umum (PRU) atau tidak jika ia diadakan esok, kerana menurutnya PRU hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, 'esok' hanyalah merupakan persiapan untuk menghadapi PRU ke-14, dan bukannya PRU itu sendiri.

"Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak Barisan Nasional menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya.

"Esok ialah persiapan untuk pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Ujarnya, pandangan beliau berbeza dengan pemimpin tertentu yang mengatakan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan esok kerana baginya PRU-14 hanya akan diadakan pada 2018.

"Oleh kerana itu, persiapan perlu dibuat untuk pemantapan parti dan kita kena bersatu. Pembangkang pecah belah, yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu, kita jangan berpecah belah," katanya lagi.

Beliau mengulas tentang kenyataan dari bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata sekiranya PRU diadakan esok, BN akan kalah.

Dalam pengumuman rombakan Kabinet pada Selasa lalu, Muhyiddin telah digugurkan manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu berkuat kuasa 29 Julai.

Ahmad Maslan yang dahulunya mmegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan, kini dilantik menjadi Timbalan Menteri MITI dalam rombakan Kabinet tersebut.

Sementara itu, Ahmad meminta ahli-ahli UMNO bertenang serta tidak emosional, dan menerima keputusan rombakan yang telah dibuat perdana menteri.

"Saya kira keputusan itu adalah yang terbaik yang dibuat perdana menteri dan Kabinet ini juga adalah yang terbaik untuk kita menghadapi PRU yang ke-14. Itu perkara utama.

"Kita perlu berpadu dan bersatu dalam satu pasukan yang mantap. Pasukan kita tidak boleh pecah untuk kita berhadapan dengan pembangkang," kata Ahli Parlimen Pontian itu.

Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh Najib adalah demi kebaikan rakyat dan negara.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Datuk Noraini Ahmad. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment