AJAK ORANG KE JALANAN JATUHKAN KERAJAAN ADALAH SALAH : KHALID
Pesanan pada penganjur yang kemaruk sangat nak adakan BERSIH 4.0 kononnya akan diadakan pad 29hb ogos. Ini pedanan dan amaean buat anda serta mereka yang berhasrat untuk menyertainya! Sila baca:
KUALA LUMPUR: Polis meminta peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menafikan dakwaan menyeru orang ramai menukar kerajaan melalui platform perhimpunan Bersih 4 yang dirancangkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian bagi merujuk kepada sidang media Ambiga pada Selasa lalu.
"Adalah tidak salah untuk mengadakan perhimpunan jika tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan. Tapi kita ikutlah Akta Perhimpunan Aman dan mereka perlulah melalui cara dan saluran yang betul. Datanglah berunding dengan kami dan buat permohonan yang sepatutnya seperti tempat perhimpunan.
"Bagaimanapun, perbuatan menyeru orang ramai untuk turun ke jalanan bagi menggulingkan kerajaan adalah satu kesalahan," tegasnya.
Menurut Khalid, jika perhimpunan itu dibuat tanpa permit atau izin, peserta Bersih 4 akan dianggap sebagai melanggar undang-undang dan akan dikenakan tindakan.
Tambahnya, setiap perkara yang mahu dijalankan perlulah dipastikan tidak melanggar peruntukan dalam Perlembagaan, manakala pihak polis bertanggungjawab untuk memastikan semua tindakan tersebut mengikut undang-undang.
"Saya telah meminta untuk menarik balik dan menafikan seruan (berkenaan protes jalanan untuk menjatuhkan kerajaan). Polis sedang menunggu maklum balasnya sehingga hari ini. Jika dia tidak memberi respon, polis akan memanggilnya," kata Khalid.
Walau apapun, beliau memberitahu bahawa pihak polis tetap akan membuat persediaan yang patut bagi menghadapi sebarang penganjuran perhimpunan seperti itu.
Khalid menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM Cheras hari ini.
Sementara itu pada Rabu, Jawatankuasa Bersih 2.0 yang dipengerusikan Maria Chin Abdullah turut mendesak beberapa tindakan yang menurut mereka bertujuan mengembalikan kepercayaan umum dalam siasatan melibatkan syarikat pelaburan Negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Antaranya adalah Bersih 2.0 mahukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperincikan butiran akaun bank, bercuti daripada tugas sepanjang siasatan dijalankan, pembekuan akaun-akaun bank, serta mendedahkan hasil siasatan 1MDB kepada umum secepat mungkin. - ASTRO AWANI
Comments
Post a Comment