AUSTRALIA TELITI SERPIHAN DITEMUI DINPULAU REUNION


SYDNEY:  Kerajaan Australia yang mengetuai operasi pencarian dasar laut bagi MH370 mengesahkan serpihan ditemui di Pulau Reunion sedang dikenal pasti.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Serantau Ausralia memaklumkan serpihan berkenaan diteliti pasukan pakar bagi memastikan kesahihannya.

Proses tersebut dijalankan dengan kerjasama syarikat pengeluar pesawat Boeing, Pejabat Siasatan dan Analisis Keselamatan Penerbangan Awam Perancis, BEA, Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.

Menurut kenyataan tersebut, sekiranya serpihan ditemui disahkan milik MH370, ia adalah konsisten dengan analisis dan model berhubung lokasi akhir pesawat itu dipercayai berada di Lautan Hindi.

Australia juga memaklumkan sebarang bukti baru akan digunakan untuk memperbaiki usaha pencarian yang masih berjalan.

Sementara itu, Malaysia Airlines (MAS) dalam satu kenyataan pagi tadi memaklumkan adalah masih terlalu awal untuk mengaitkan penemuan serpihan dengan pesawat MH370.

Syarikat itu memaklumkan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengesahkan maklumat terbaharu yang diterima ini. - ASTRO AWANI

Comments

Popular Posts