Followers

KERAJAAN KOMITED BANTU USAHAWAN BUMIPUTERA : NAJIB


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memastikan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dijadikan sebagai agenda nasional negara.

Susulan itu, katanya beberapa siri perbincangan dengan usahawan bumiputera akan diadakan bagi menghasilkan formula jangka panjang yang terbaik bagi meningkatkan kesinambungan usahawan tersebut.

"Agenda pemerkasaan bumiputera tetap merupakan agenda nasional negara dan ia adalah bagi melahirkan usahawan yang boleh bersaing di pasaran terbuka dan global," kata Najib pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM).

Beliau berkata salah satu cabang penting dalam mengukuhkan agenda tersebut ialah pembangunan vendor bumiputera yang mampu melahirkan golongan usahawan boleh berdaya saing di pasaran terbuka.

"Cabaran kita adalah untuk memastikan tempoh syarikat yang diletakkan di bawah program ini dan menjadikannya mantap dan seterusnya melepaskan syarikat tersebut untuk bersaing di peringkat antarabangsa," katanya

Menurut beliau lagi, pelaksanaan agenda itu yang bersandarkan kepada lima teras utama sedikit sebanyak telah mula menampakkan hasil kejayaan.

Justeru, Najib berkata kerajaan amat komited serta bersungguh dalam membantu golongan ini untuk terus berjaya.

"Kita amat komited dan amat serius untuk membantu pengusaha-pengusaha bumiputera. Selagi kerajaan BN berkuasa, kita akan terus jadikan pemerkasaan bumiputera sebagai dasar nasional," tambahnya. - ASTRO AWANI

No comments:

Post a Comment