LAJIM YANG TAMAK

::Pewaris Anak Bangsa::

Meletak jawatan untuk semua jawatan dalam Parti tetapi enggan meninggalkan parti. 
Enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri 

* . Muslihat jelas DAYUS YANG LICIK. bertindak mengumumkan perletakan jawatan dalam Parti tetapi enggan melepaskan jawatan timbalan menteri yang disandangnya.  Menggunakan pihak lain sebagai alasan konon nak melakukan TUKAR atau PERUBAHAN ke atas Sabah. 

* Muslihat yang jelas DAYUS YANG LICIK dengan menggunakan strategi meraih simpati konon dizalimi. Wahai pakcik Lajim. Strategi macam tu, bukan perancangan yang sangat SULIT lagi dah. sebijik cara Anwar dapatkan simpati konon telah dizalimi kerajaan BN terutamanya UMNO. 

Lajim bertindak sebegini kerana meRASAkan dia tak akan dicalonkan untuk PRU ke-13 kelak. Amboi, jawatan tu nak dimiliki sepanjang hayatkah? Pu3 tak akan kata Lajim tak buat kerja. Ada buat. Pu3 dah melihat kawasan Parlimen Beaufort ini. Dah itu tanggungjawab dia sebagai wakil rakyat yang dipilih memegang amanah.Bukanpun menggunakan harta persendiriannya untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pembangunan kawasan. Takkan hanya kerana mendengar ura-ura tak akan diletak sebagai calon terus meLATAH? Tak boleh kata lagi dah.. dia memang TAMAK KUASA.

Dalam memegang jawatan UMNO, Lajim menunjukkan keTIDAKSETIAANNYA pada parti dengan mengadakan pertemuan kepimpinan pembangkang. Bukan secara sulit tetapi terbuka. membawa serta ahli jawatankuasanya yang turut serta. 

perselisihan faham Lajim dengan Datuk Azizah ini hanyalah perselisihan faham pribadi semata. tetapi ia menjadi masalah pengurusan pentadbiran kawasan UMNO Beaufort apabila perselisihan ini digunapakai sebagai bahan mencambah ketegangan. Ada mengatakan kepimpinan Lajim dibayangi oleh seterunya Datuk Azizah. Kata orang lagi, Lajim dah berselisihan faham dengan ayahanda datuk Azizah lagi. Ertinya perselisihan faham berwaris. dari ayah kepada anak. kenapa seorang pemimpin boleh bertindak mengikut PERASAAN. lemah sangatkah minda Lajim sehingga gagal mengawal rasa TAK SUKA itu. Bukan.. itu hanyalah alasan untuk mengekalkan kedudukan sebagai YB . itu apa yang pu3 lihat.

JAHATnya Lajim bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang. Bertemu kepimpinan pembangkang , mengadakan himpunan dan majlis bersama pembangkang. yang paling positifnya, mengadakan majlis dengan menjemput pimpinan pembangkang walaupun masih menjadi ahli UMNO. Tetapi peliknya sebagai ahli UMNO tak pula menjemput kepimpinan UMNO hadir serta? 
di halaman rumah Lajim di Kg Kebatu
smalam dikhabarkan.. RAMAInya yang hadir dalam majlis berbuka di rumah Lajim dan masjid Kebatu Beaufort. Tetapi yang meramaikan ini, bukan pengundi kawasan Lajimpun! Mereka ini adalah ahli pakatan pembangkang  PKR, DAP, PAS yang dipinjam untuk menambah kuantiti majlis yang datang entah dari mana kawasan.  di Masjid majlis berbuka, halaman rumah untuk sesi ceramah Anwar Ibrahim. Presiden PAS Hadi Ag juga hadir sama. Nik Aziz? menurut sumber, tak nampak kelibatnya.. demikian juga Lim Kit Siang.
majlis berbuka kepimpinan Timbalan Ketua UMNO bahagian, Ketua wanita, Puteri dan Pemuda Beaufort
 dalam masa yang sama, majlis berbuka puasa bersama rakyat kawasan beaufort juga diadakan oleh Datuk Azuzah, timbalan Ketua bahagian Isnin Aliasnih, ketua pemuda dan ketua puteri UMNO Beaufort di kampung Limbawang. 2 lokasi digunakan untuk majlis berbuka kerana ruang yang tersedia tidak mampu menampung jumlah yang hadir. Satu di Masjid Limbawang dan 1 lagi di halaman rumah Datuk Azizah. Cuma sumber tak maklumkan, penggunakan rumah ayahanda Datuk azizah dan saridah (ketua Puteri) digunakan atau tidak kerana rumah keluarga mereka ini berhadapan dengan Masjid Kg Limbawang.

# Pu3 nantikan pengumuman PM berkenaan jawatan Timbalan menteri yang disandang oleh Lajim hari ini 30hb julai 2012.

Comments

  1. kamu baru tau yg dia ni tamak? saya lama sudah...

    ReplyDelete
  2. hok aloh la,
    puasa2 pn buka aib org lg,
    jgn igt org je ade aib kita xde aib,
    Tuhan tu Maha Kaya,
    Taubat la.

    ReplyDelete
  3. emm dulu dia tamak pun x heran mana tak ada icon ie big boss dia yg lg super tamak laki bini!! sekarang semuga dia berubah bl lompat parti..yg x nk berubah dan masih lg tamak adalah yg setia dgn parti sakau wit rakyat!!!

    ReplyDelete
  4. Tun kata dia tak suka Datuk Jo tp kalau datuk Jo jadi calon pilihanraya Tun tetap undi Datuk Jo..

    ReplyDelete
  5. betul2. . ko sendiri x tau ape masalah si lajim tue. . tau2 nak sembang mcm nie. . bsok kalo muhyidin kuar UmnO pon ko cakap umno gini ye tak. . ?
    umno setiap masa dia rasa dia betul. . x pernah buat salah. . hahaa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts