DAUN TUNTUT FUZIAH SALLEH MOHON MAAF

KUANTAN, 21 Julai - Gabungan NGO Agenda Negara Pahang (Daun) mahu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan kumpulan anti-Lynas memohon maaf kerana membuat dakwaan palsu terhadap syarikat Lynas.

Koordinator Daun, Wan Emril Nizam turut menuntut satu permohonan maaf secara terbuka hendaklah disiarkan kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya penduduk Kuantan, kerana memberi fakta yang salah tentang loji tersebut.

"Fuziah dan kumpulan anti-Lynas telah mencetuskan rasa takut di kalangan rakyat Malaysia dan penduduk Kuantan pada pembinaan loji itu," katanya.

Sebelum itu, Free Malaysia Today melalui laman webnya www.freemalaysiatoday.com berkata Mtoday News Sdn Bhd memohon maaf terhadap artikel berbentuk fitnah bahawa kilang Lynas adalah tidak selamat kepada orang ramai.

Akibatnya, Lynas Corporation Limited telah menerima publisiti buruk daripada pelbagai pihak, terutama parti-parti pembangkang yang mempolitikkan pembinaan loji tersebut.

"Kami menuntut permohonan maaf seperti yang dilakukan oleh Free Malaysia Today yang mengakui kesilapan (artikel) dengan memberi fakta yang salah dengan tiada asas saintifik.

"Daun menerima maklum balas daripada rakyat yang telah bosan dengan pembohongan dan gimik oleh kumpulan anti-Lynas yang dikuasai oleh orang-orang Cina yang menyokong DAP," kata pensyarah undang-undang yang kanan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas).

Pada 25 Jun lalu, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) Lynas dalam laporannya ke Parlimen mencadangkan supaya lesen operasi sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan loji Lynas beroperasi.

Laporan itu berkata bahawa loji nadir bumi boleh memproses bahan mentah secara berperingkat-peringkat, terhad, dan akan dipantau secara berterusan oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

Sumber: KLPos

Comments

Popular Posts