HUDUD VS PAS. 2 ELEMEN YANG TAK SAMA

Sebaik sahaja artikel Ketua puteri UMNO Malaysia menjawab soalan yang dikemukakan oleh Sinar berkenaan hudud disiarkan. Mulalah macam-macam provoke dilemparkan. Menampakkan betapa beb...alnya mereka berkenaan hudud itu asal dari mana.

Lagi lawaknya apabila ada yang dengan bangganya dalam twitter mengatakan bahawa puteri umno sokong idea nik aziz? Walhal dalam kenyataan ketua puteri UMNO mengatakan puteri uMNO memandang positif pelaksanaan hudud. Bukan idea nik aziz.

Nik Aziz atau PAS adalah elemen berbeza dengan mempersetujui perkara hudud. Walau tanpa PAS, pu3 melihat pergerakan puteri tetap melihat hudud adalah sebahagian daripada hukum yang terkandung dalam Islam. Menerima hudud tak bermaksud mempersetujui apa yang dikatakan oleh nik aziz apa lagi hujahan PAS.

PAS dan hudud tak boleh disatukan dalam memperjuangkan hukum Islam. PAS hanyalah parti politik semata yang mempergunakan nama Islam , kerana perjuangan PAS kini bukan perjuangan untuk syiar Islam tetapi perjuangan mempertahankan kerusi yang mereka pegang. Sedangkan hudud itu tetap menjadi sebahagian hukum Islam.

Pesanan pu3, nak mengaitkan hujahan, pakailah otak. Nak spin ceritapun, biarlah bijak. Puteri UMNO pu3 lihat tak pernah menolak hukum hudud tetapi menolak Hudud yang dikatakan oleh PAS. Menolak hudud PAS tak bermakna menolak Islam . Ia juga elemen yang berbeza.

Renung-renungkan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts