DALANG MEMBAWA NINJA MENGAMUK SUDAH DIKENAL PASTI?!

PEWARIS ANAK BANGSA

Betulkan blogger Milo Suam sudah ditahan kerana menjadi suspek kejadian amukan di bangunan B JPM? cerita ini berpusing-pusing dalam carta BBM Pu3. siapa boleh sahkan.

MENURUT MAKLUMAT YANG PU3 PEROLEHI : BACA DI SINI

Seorang lelaki dan wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, dipercayai mengalami masalah mental, kata polis. Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan wanita berusia 28 tahun itu juga dipercayai ekstrem dengan ajaran Islam menyebabkan mereka bertindak mengamuk dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Khalil Afandi dan wanita itu, dipercayai baru mengenali satu sama lain seminggu lepas dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Bercakap dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) hari ini, beliau berkata IPKKL menggerakkan unit khasnya untuk menyiasat sama ada mereka menganggotai kumpulan ajaran sesat.

"Siasatan mendapati kedua-dua suspek bertindak demikian ekoran ajaran agama yang songsang. Polis sedang menyiasat sama ada suspek anggota ajaran sesat," katanya.

Mohmad berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu, mereka telah dihantar oleh sebuah kenderaan sebelum ditinggalkan di perkarangan JPM.

Mayat Khalil Afandi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Wanita terbabit ditahan reman mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307, 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.






Tinjauan di wad pengasingan Hospital Putrajaya mendapati suspek yang berskaf hitam sedang berbaring di katil dan dikawal dua anggota polis wanita.

Sementara itu suami suspek yang juga pemandu lori mendakwa isterinya terpengaruh dengan laman blog lelaki itu dan beberapa hari sebelum kejadian isterinya berperangai pelik dan dilihat taksub dengan Imam Mahadi.

adakah ajaran sesat kembali berkuasa. Dalang siapa. tetapi menurut pendapat rakan pu3. keduanya ini sudah menunjukkan simptom-simptom masalah mental. berdasarkan cara penulisan yang dibuat oleh arwah terakhir. sangat kacau bilau. 

Kereta siapakah yang menghantar keduanya ke bangunan tersebut. Pu3 harap. persoalan ini segera diperolehi dari Polis.







Comments

  1. Buat terendak daripada kotak
    Bukan hendak mengayuh perahu
    Bila kita dah mati katak
    Kan semua orang dh buat ta tau!
    Menghambat kera separuh mati
    Terpijak pula kayu berbara
    Akibat bertindak mengikut hati
    Keluarga juga yang hidup sensara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts