ALASAN PENGHAKIMAN KES LIWAT ANWAR VS SAIFUL

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah memberikan alasan penghakiman penuh kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menurut beliau, tidak selamat untuk menerima bukti asid deoksiribonukleik (DNA) dalam perbicaraan kes liwat itu kerana ia tidak mampu untuk menyokong bukti yang dikeluarkan oleh pengadu (Mohd.Saiful).
 
"Mahkamah hanya ada keterangan Saiful bagi membukti berlaku tembusan dan mahkamah tidak akan mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan pengadu semata-mata tanpa disokong," katanya.
 
Justeru itu, tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
 
Alasan pernghakiman kes tersebut telah diserahkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan semalam.
 
Perbicaraan tersebut telah melibatkan 27 orang saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat itu.
 
Sumber: KLpos

Ps: Kes terbanyak penangguhan dengan berakhir keputusan luar jangkaan. Pu3 malas nak komen. Kalau dunia tak boleh selesaikan , pu3 serahkan. Penghakiman di hari akhirat pula

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts