#SANTAI DULU
Akhir-akhir ini, LADY semakin banyak menjadi pemerhati berbanding memberi ulasan berkenaan isu. Fokus LADY kepada rasa simpati kepada mangsa banjir dan pengajian LADY sendiri. Kebanyakan isu yang dipermainkan pun, LADY hanya jadi pemerhati
Tetapi.....
Hari ini, LADY nak bercakap sedikit. Sebagai pemanasan dalam tempoh percutian semester LADY ini.
Semakin ramai kelompk pengamal media sosial menunjukkan ciri-ciri tidak matang mereka. Apa tidaknya. Mencipta cerita tak benar pada masa yang tak seharusnya. Suasana yang tidak digallakan jadikan isu berkenaan lawak jenaka dijadikan sebagai hiburan sensasi dan disebarkan. Agaknya yang melakukan perbuatan ini menghadapi masalah mental tahap kemurungan yang tinggi sehingga memerlukannya melakukan tindakan melepas rasa agar tidak menjadi kurang siuman.
Hakikatnya, mereka ni sudah masuk tahap kurang siuman! Bertindak hanya guna otak untuk mencipta tetapi tidak memikirkan risiko yang bakal terjadi.
Bayangkan.. cerita banjir dijadikan cerita yang tak benar. Sengaja mengada-adakan cerita baru untuk dapat perhatian. Terkena pula yang menerima cerita itu jenis naif terus telan makan tanpa menyelidik sama ada bahan diterima betul atau tidak. Dengan semangat konon prihatin dan berinfomasi terus mengongsikannya pada oranh lain. Dalam tempoh tidak sampai sejam seluruh negara sebahagian besar rakyat menerima maklumat yang salah itu!
Seperkara lagi. Apabila timbul isu yang sebenarmya berpunca masalah individu, mulailah pihak memang jahaman menjadikannya sebagai jari menuding ke arah kerajaan. Konon inilah masalah berpunca kerajaan persekutuan gagal mentadbir dengan baik. Suka bebenor mereka ini menbahankan cerita!! Korang tak takut dosakah? Tak takut kelak anak cucu saudara mara terkena tempias fitnah yang korang cipta hanya nak mengangkat manusia yang korang anggap hebat???????!!!!!!
LADY nak ucapkan tahniah atas kecekapan pibak PDRM menangkap si penyangak-penyangak media sosial yang suka menfitnah dengan kerja sama SKMM. Harapan biar hukuman yang dahsyat dikenakan ke atas mereka agar lebih pandai menjadi manusia berguna.
Comments
Post a Comment