AKTA HASUTAN TIDAK SEKAT KEBEBASAN BERSUARA : ANIFAH
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang kebebasan bersuara tetapi mengelak tindakan-tindakan melampaui batas hingga memupuk sentimen kebencian dan fahaman pelampau.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa kerajaan mengambil keputusan mengekalkan Akta Hasutan demi kepentingan negara dan rakyat.
Menurutnya tindakan kerajaan itu akan membawa manfaat kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan, kemakmuran dan keharmonian antara kaum serta mmembendung fahaman pelampau agama dan kaum di negara ini.
"Malaysia memandang berat kenyataan Menteri Luar Kanada, John Baird, berhubung kebebasan bersuara di Malaysia berikutan keputusan kerajaan mengekal dan memperkukuhkan Akta Hasutan 1948," kata Anifah dalam kenyataan di sini hari ini.
Anifah berkata Malaysia ingin menegaskan bahawa keputusan untuk mengekalkan dan memperkukuhkan akta tersebut adalah demi kepentingan memelihara keamanan dan kestabilan bagi memastikan tiada pihak menghasut ketegangan agama dan kaum yang boleh menjejaskan kemakmuran dan keselamatan negara.
Dua hari lepas, Baird dilaporkan telah menyeru kerajaan Malaysia tidak menggunakan Akta Hasutan secara tidak demokratik untuk mengunci mulut pengritik terhadap kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata kebebasan bersuara adalah penting dalam mana-mana sistem demokrasi dan mereka berharap untuk melihat kemajuan berhubung isu tersebut. - BERNAMA 29/1/2015
Ps: LADY bukan nak mengutuk manusia yang nak sangat akta hasutan ini dihapuskan dan menentang habis-habisan akta yang sebenarnya sudah wujud sekian lama. Mereka sengaja menunjukkan kononnya selama ini mereka tidak bebas bersuara! Atau dibayangkan kononnya akta ini akan menyekat nafas mereka!!!
Adakah selama ini mereka tidak bebas bersuara??? Hahahahahha... banyaklah tak bebas bersuaranya! Melalak menyalak mengutuk menghasut , menfitnah semua sudah sinonim dalam rutin harian mereka yang sudah menjadi syaitan nak merosakkan keharmonian negara! Tetap bebas melemparkan pelbagai kejian, tohmahan dalam bahasa kwsat dan berunsur lucah. Masih bebas. Masih bebas berceramah walau tiada permitnya, mencanang konon kerajaan selama ini zalim! Tak ada tersekat bersuara sekalipun!
Kenapa beriya'iya membayangkan betapa dahsyatnya akta hasutan menghalang mereka bersuara????????!!!!
LADY mengharapkan ada berlaku pindaan pada Akta hasutan ini. Lebih tegas dan membentuk disiplin agar mereka yang selama ini terlalu bebas bersuara tak beretika dan bertanggungjawab membuat fitnah dan mengajak orang lain turut serta terus bertaubat tidak melakukannya! Itu impian LADY
Comments
Post a Comment