Followers

APA JENIS IMAGINASI PELUKIS INI??!!!


Sebagai orang biasa, LADY tidak mengenali pelukis terkenal apa lagi pelukis amatur. Apa yang LADY tahu melihat sama ada lukisan terhasil indah dan kreatif pada mata minda LADY. Itu saja.

LADY tidak gemar dan suka pada lukisan mendedahkan anggota badan manusia yang seharusnya ditutup walaupun ada berpendapat tubuh manusia itu suatu kesenian. Hal-hal kesenian tu biarlah mereka yang mengatakannya. Pada LADY walau senipun badan manusia, biarlah yang wajar ditutup itu seninya hanya dilihat oleh yang berhak... bukan untuk dilihat oleh semua!!

Ok. Kita kembali pada tujuan LADY nak cerita. Pagi ini, LADY bukan tersekadar terkejut tetapi tersentap apabila melihat gambar yang dikongsikan oleh rakan LADY di facebook. Gambar a.k.a lukisan belakang orang kenamaan???? Walau tidak memperlihatkan wajah, pakaian yang ditunjukkan sudah menunjukkan siapakan model yang diimaginasikan oleh pelukis bernama Vincent Leong.!

Soalan LADY yang bukan orang seni ini, kenapa perlu berimaginasikan gambar orang kenamaan sebagai model? Kenapa membayangkan gambar belakang mereka? Apa tujuan sebenar? LADY tak melihat pada mata minda LADY sebagai suatu luahan kreatif. Tetapi ada mesej terselindung dalam otak pelukis tersebut!!!

KALAU kemaruk sangat nak membayangkan belakang orang berdasarkan paparan gambar selalu dilihat.. kenapa tidak memilih artis? Pelakon. Kenapa memilih orang kenamaan negara???????

Bagi LADY berimaginasi tentang belakang orang kenamaan tak dapat dihalang. Tetapi menzahirkannya menjadi tatapan awam tidak boleh diterima sama sekali! Ditambah lagi, lukisan ini menjadi santapan mata peminat seni di Art Stage Singapura! Kotnya dipamerkan di dalam salah sebuah geleri dalam negara, ada gak lebam mata pelukis ini!!!!

Ini bukan imaginasi seni tetapi imaginasi KEBIADAPAN yang melampau!!!!!!!!

1 comment:

  1. Berani artis ni buat lukisan gambar belakang Lee Kuan Yew?

    ReplyDelete