KERAJAAN SELANGOR DIBIDAS NAIKKAN CUKAI PINTU SEHINGGA 10 KALI GANDA

Oleh: Wan Hafiz Wan Hamzah
SHAH ALAM, 18 Dis – Kerajaan PKR Selangor sekali lagi dibidas apabila menaikkan bayaran 90 jenis lesen premis perniagaan yang beroperasi di bawah Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang bakal berkuatkuasa bermula pada tahun hadapan.

Menurut koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Sri Ir. Mohd Zin Mohamed, tidak terkecuali 32 buah premis yang sebelum ini dikecualikan daripada sebarang pembayaran lesen ketika pemerintahan BN turut terbabit dalam kenaikan pembayaran lesen tersebut.

"Apa yang saya kesalkan ialah beberapa rumah kebajikan penjagaan orang-orang tua, rumah orang kurang upaya dan juga pusat penjagaan kanak-kanak tidak terkecuali menerima bebanan daripada keputusan kerajaan Selangor untuk menaikkan jumlah bayaran untuk lesen premis tersebut.

"Bagi saya, kerajaan Selangor tidak patut membebankan pusat kemasyarakatan seperti ini, apatah lagi rumah-rumah tersebut tidak mendapat perhatian penuh dari pihak kerajaan negeri. Tindakan seperti ini hanya akan menambahkan beban terhadap rumah-rumah kebajikan tersebut yang kebanyakkan beroperasi dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan pihak tertentu untuk meneruskan operasi mereka," jelas beliau kepada wartawan dalam satu sidang akhbar bertempat di Bangunan UMNO Selangor semalam.
Selain itu, beliau turut melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) yang bakal menaikkan cukai pintu sehingga 10 kali lebih tinggi daripada biasa terhadap penduduk di Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang.

"Sekali lagi saya berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh MBSA di atas kebenaran kerajaan negeri itu hanya menambah beban rakyat. Kenaikan cukai pintu 10 kali ganda daripada jumlah biasa itu itu amat tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan negeri terhadap rakyat terutamanya di sekitar kawasan tersebut.

"Saya juga dimaklumkan bahawa kenaikan cukai pintu ini berlaku pada setiap tahun di mana ia semakin meningkat sejak tahun 2011 dan 2012. Malah pada tahun 2013, saya mendapat maklumat bahawa ada penduduk terpaksa membayar cukai pintu sehingga berjumlah RM23,040 berbanding hanya RM1470 pada tahun 2011 yang lepas," tegas beliau.

Beliau secara tegas mempersoalkan apakah tindakan kerajaan PKR Selangor ini yang dikatakan sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat?

"Jelas hari ini, rakyat di Selangor telah tertipu dengan Pakatan Pembangkang apabila mereka memungkiri janji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus, sebagaimana janji mereka di dalam manifesto dalam PRU yang lalu, bahkan bertindak sebaliknya dengan menaikkan cukai pintu kepada kadar jumlah yang begitu membebankan rakyat," ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu bahawa Karnival Sayangi Selangor anjuran BN Selangor akan diadakan bermula pada 29 Disember sehingga 1 Januari ini bertempat di I-City, Shah Alam.

Menurutnya, Karnival yang berlansung selama empat hari itu yang mendapat kerjasama daripada beberapa buah badan korporat dan swasta dijangka akan menarik lebih 500,00 pengunjung.

"Karnival yang berkonsepkan santai itu amat sesuai untuk golongan berkeluarga dan banyak aktiviti-aktiviti yang berbentuk kekeluargaan akan dijalankan sepanjang tempoh karnival tersebut berlangsung. Selain aktiviti kekeluargaan, pameran kerjaya dan agensi kerajaan dan swasta turut diadakan untuk orang ramai terutamanya dari golongan lepasan IPTA atau IPTS.

"Acara kemuncaknya adalah pada malam 31 Disember di mana pertunjukkan bunga api akan diadakan, di samping persembahan beberapa artis terkenal turut lagi akan memeriahkan suasana. Saya mewakili BN Selangor mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke karnival tersebut dan berharap agar aktiviti-aktiviti serta pameran yang diadakan itu dapat memberikan manfaat serta mengeratkan hubungan kekeluargaan antara sesama kita,In shaa Allah," ujarnya. – MediaUMNO

Ps: kalau perkara benar ini juga masih membutakan minda penyokong kerajaan PKR Selangor... ambopun tak taulah apa dalam otak mereka ni .

Comments

  1. Harga rumah PKNS Shah Alam meningkat secara mendadak selepas PR berkuasa. Rumah teres dua tingkat 4 bilik yang dibeli penduduk pada tahun 1988 di Seksyen 19 berharga RM 90 ribu. Pada tahun 2007 rumah teres 4 bilik di Seksyen 7 berharga RM 280 ribu. Selepas PR berkuasa rumah PKNS sebanyak 16 unit di Seksyen 19 Shah Alam dilancarkan pada 1/12/2012 di jual pada harga RM 520 ribu. Kenapa harga meningkat begitu tinggi?. Menyusahkan pembeli Melayu sahaja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts