DI MANA RASA TANGGUNGJAWAB????!!!!!

Hoi! Kenapa perangai segelintir individu tak matang sungguh. Dahlah akal tak matang, serba serbi nak bergurau senda sahaja otaknya. Paling teruk menyusahkan orang ramai yang terlibat!!!! PANGGILAN PALSU!!! sejak kecil lagi pu3 dah dengar cerita sebegini, sehingga dah mampu berdiri sendiri ni, kes seperti ini masih juga berlaku. Malahan lebih bergaya moden!

Dulu hanya panggilan melalui telefon! Tapi kini, medium laman sosial juga mempercepatkan penyebarannya! Tak takut jadi PENJENAYAHkah? Kenapa sukakan suasana menimbulkan Ketakutan? Adakah kerana pengaruh selalu sangat bermain game ACTION. Sekarang ini perisian permainan sedemikian berlambak di pasaran!

Hello! Jadual perjalanan masyarakat dunia realiti adalah berbeza dengan kehidupan dalam dunia permainan yang korang suka sangat tu! Nak jadi kana-kanak atau nyanyuk sebab dah otak tak mampu memberi arahan memilih tindakan baik buruk itu lagi. Itu korang punya pasal. Tapi jangan nak menyusahkan orang ramai!

Pagi ini pu3 baca lagi... Di harian metro menyiarkan PDRM telah menahan suspek menyebarkan BERITA PALSU Sg petani. Tetapi yang ini juga..
 
PETALING JAYA 21 Dis - Kakitangan dan pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bahagian Trauma dan Kecemasan malam tadi gempar apabila diarah untuk mengosongkan bangunan itu dengan segera gara-gara panggilan bom palsu yang diterima.
 
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam setelah polis menerima panggilan daripada operator hospital bahawa terdapat seorang lelaki yang mengugut akan meletakkan bom di bangunan tersebut.
 
Ketua Polis Daerah Brickfields, ASP Muhammad Azlee Abdullah berkata, sejurus menerima maklumat itu, satu pasukan Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan diarahkan ke lokasi kejadian.
 
Katanya, hasil pemeriksaan hampir satu setengah jam di seluruh bangunan mendapati tiada bom ditemui.
 
"Kita dapat tahu suspek merupakan seorang bapa kepada seorang pesakit yang berasa tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak hospital.
 
"Siasatan akan diteruskan bagi mengesan perbuatan individu tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan bangunan Trauma dan Kecemasan (PPUM) di sini malam tadi.
 
Pihak polis akan cuba mengesan suspek berdasarkan rakaman suara dan gambaran yang diberikan oleh pihak hospital.

Sumber: KLPos Dot Com

Ps: Belajar menjadi individu yang bertanggungjawab. Jangan kerana rasa SERONOK sangat MENYUKARKAN individu lain. Kalau rasa kekosongan sangat, lakukan aktiviti yang boleh MEMULIHKAN kewarasan minda korang. Terlalu KOSONG juga, kembalilah ke jalan perbanyakkan AMAL IBADAH

#1MalaysiaTolakFitnah
#BNBah
#JanjiDitepati

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts