FAHAM PERKATAAN KER?

Mula-mula malas nak ulas status pakcik ni. Pu3 malas nak panggil dia otai dah sebab dia tak layak dianggap otai dah dalam dunia penulisannya yang hanya angka usianya sahaja semakin mendekati usia EMAS. Tetapi dalam penggunaan kewarasan akal.. tak seiringan dengan usianya. Ni status dia 2 hari lepas dan baru hari ini tergerak hati pu3 nak nyatakan pandangan pu3.

Rakyat Sabah miskin papa kedana? Tu pertuduhan pakcik yang beremosi. Dia ni tauker erti miskin, papa kedana ni ?  Dahlah disebut miskin dan ditekankan lagi papa kedana.

Tahu tak 'papa kedana' itu sudah ditakrifkan sebagai terlalu papa. Atau lebih difahami dengan terlalu miskin.

Miskin itu pula tidak berharta benda, serba kekurangan, melarat,

Pu3 faham maksud si pakcik ni nak sampaikan. Tapi dia tak rasa maluker mengaku dirinya miskin papa kedana sedangkan dia antara rakyat sabah yang berkemampuan? Kalau kata miskin... dari mana rumah, kereta untuknya bergerak kempen nak jadi calon Pkr di usukan kota belud tu? Kalau dia tidak memiliki apa-apa. Kenapa masih mampu memiliki laptop atau smart phone yang nilainya angka ribu ringgit . Jangan mau kata temberang.

Andai kata dia mengaku miskin papa kedana. Bolehlah pu3 cakap... patutlah miskin papa kedana. Bukan UMNO puncanya dia jadi macam tu tetapi sikapnya yanga hanya tahu menyalak tapi enggan membuat sebarang pekerjaan. Tak percaya? Dia seorang yang sihat . Boleh habiskan masa chat di facebook. Kalau masa yang digunakan melayan media sosial dengan melakukan kerja dah kat kampung. Rumah atas tanah ni. Macam-macam boleh mendapatkan hasil.

Agaknya... kalau dia ni miskin papa kedana. Dia tak mampu nak habiskan masa kw kuala lumpur kerana tambang murah Air Asiapun untuk orang miskin papa kedana tak mampu nak membelinya! - andaian saja

Kemudian pontianak langsuir? Bukankah pontianak atau langsuir tu spesies yang sama? Hanya perkataan sahaja berbeza?

UMNO hisap hasil bumi? Ini mesti kes royalti minyakkan ? Dah berulang kali hal ini sudah diperjelaskan . Ungkapan berulang juga dilakukan. Bolehlah pu3 kategorikan luahan provokasi dengan ayat yang berbeza walau maksud yang sama.

Dulu pu3 semasa menjadi blogger kontroversi BN... pu3 letakkan dia sebagai penulis berfikiran krisis. Tetapi sebaik sahaja dia melangkah mengekori Anwar bin Ibrahim... pu3 renungkan kembali... sebenarnya sebelum ini dia hanyalah penulis yang mengejar populariti untuk kepentingan diri semata. Dan kini dia dah terdesak untuk menuai hasilnya.

Pakcik... kalau nak menyalakpun. Biarlah dengan fakta kebenaran. Usahlah menjadi pemuisi menggunakan bunga-bunga bahasa dalam membuat provokasi murahan itu. Dulu kata rakyat Sabah ada mati kebuluran.. jelasnya tiada kespun di mana-mana hospital melaporkan kes keracunan makan telur katak puru atau mati kebuluran di Sabah ini.

Mana-mana negeri ini. Sudah pasti ada miskin. Negara maju sendiri ada kes kumpulan miskin. Sebab itulah kerajaan BN menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan ini. BR1M salah satu bantuan percuma untuk seluruh rakyat yang berpendapatan RM3 ribu ke bawah. Bantuan persekolahan RM100. Baucer buku untuk IPTA/S, Bantuan Belia 1 malaysia.  Lain lagi bantuan melalui e-kasih.

Kalau pakcik dah papa kedana sangat. Daftarlah menjadi peserta e-kasih. Takkan masuk facebook, menulis blog. Kempen sana sini.. tak tau nak isi borang e-kasih. Kalau kata tak larat. Daftar pula di pej kebajikan atas platform OKU.

Pu3 tak kisah pakcik jadi ketua penerangan PKr ker... jadi ketua cabang PKR... ada pu3 kisah??? Tapi nak jadi pemimpin pembangkang sekalipun jadilah pembangkang berkualiti. Tengok lawan Obama. Kalah je... dia tak melalak menyalak mencari masalah salah dan meroyan. Dengan baiah... membuat penyataan akan membantu obama untuk negara US. Itu baru namanya pemimpim berkualiti

UMNO tak pernah jadi langsuir mahupun pontuanak ataupun drakula. Selama memerintah UMNO/BN membawa pembangunan besar negeri Sabah. Janganlah nak samakan kemajuan negeri di semenanjung yang sudah membangun lebih awal. Tetapi kita tak jauh tinggal. Banyak kelebihan ada di Sabah belum tercapai di negeei-negeri lain tau.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati

Comments

  1. pakcik ni sebenar dlu maauk perkasa laku permintaan nya amat tinggi dan menggugut..jd dikeluarkan oleh tok him.dia kemudian dijanji oleh dsaj ketua menteri sabah..kalau dia jd akan dikoreknye segala hasil bumi utknye maka bertambah kedana lah org sabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts