SEKALI LAGI TMI SEMBRONO POST INFO FAKE A.K.A FITNAH!!!



LADY dah tak terkejut portal ini akan melakukan terbitan yang gelojoh dan sembrono. Ia bukan suatu aktiviti penulisan luar biasa jika ia berlaku!!!

Dalam seminggu dua ini, semakin terserlah mereka sedang membuat propaganda dan provokasi ke atas 1MDB dan Tun Dr M. Jelas mempamerkan niat sebenar portal ini untuk menimbulkan suasana yang tegang!!

Sila baca di sini:

TUDUHAN BLOG TUN MAHATHIR DISEKAT SATU FITNAH

13 Mac 2015 menandakan satu permulaan kepada pelaporan yang tidak beretika oleh beberapa portal berita yang mengaitkan isu mengenai 1MDB dengan penggantungan blog Chedet.cc.
Pada 4:49 pm, The Malaysian Insider yang pada mana menuduh penggantungan tersebut adalah kerana kiriman blog bekas perdana menteri tersebut yang mengandungi pelbagai statistik dan petikan dari facebook.

TMI tidak mengambil nasihat daripada pengarah kanan komunikasi strategi SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman untuk menghubungi pemilik blog tersebut. Ia mengambil mereka tiga jam untuk membetulkan pelaporan mereka dengan yang lain.
Tanggungjawab?

Dalam satu situasi yang berbeza, Free Malaysia Today dan Straits Times Singapura menemubual pembantu Tun Mahathir, Sufi Yusuf yang mengesahkan blog tersebut telah digantung kerana mengalami trafik yang tinggi, dan bukan di sekat oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. SKMM juga telah mengesahkan perkara ini.

Portal berita perlu mengamalkan etika seorang journalis dan perlu melakukan semakan sebelum mereka menyampaikan sesuatu berita. Apa yang perlu mereka lakukan adalah untuk memeriksa server Who Is dan melihat status domain ataupun laman web tersebut.

Tanggungjawab pelaporan adalah untuk mendapatkan punca kepada masalah tersebut dan bukan mengambil peluang untuk memutarbelit fakta bagi kepentingan tuan mereka. 

Diagram menunjukkan secara tepat bagaimana dan mengapa SKMM tidak bertanggungjawab menggantung laman web tersebut.

Untuk memperbetulkan rekod, Chedet.cc menggunakan khidmat hosting GoDaddy yang berpangkalan di US. Maka, ketua komunikasi korporat SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman adalah tepat apabila beliau melaporkan kepada The Malay Mail bahawa penggantungan itu bukan tindakan PM atau laman hosting kerana server tidak berada di dalam negara.

Adalah melampau untuk rakyat Malaysia percaya bahawa pemerintahan kerajaan adalah pada tahap paling buruk.

Adakah ini mentaliti yang akan memaju negara ke hadapan?

Adakah penggantungan tersebut benar-benar berlaku?

Seseorng sepatutnya menghubungi GoDaddy untuk mendapatkan fakta yang sebenar.

Adakah wujud suatu agenda di belakang penggantungan tersebut semata-mata untuk mempopularkan kiriman blog tersebut?

Memutarbelitkan berita ini melalui satu senario konspirasi sudah tentu lebih efektif daripada menulis lalu meninggalkannya di blog.

Lebih menarik, dalam masa beberapa minit, beberapa laman web termasuk FB pages Syed Outside The Box, Din Turtle dan sebagainya telah memuatnaik kiriman blog tersebut.
Adakah semua perkara ini dirancang untuk mengukuhkan persepsi ketirisan 1MDB dan PM?

Rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan  kebenaran kerana pelaporan yang sengaja diputarbelitkan sudah tentu tidak memberikan persepsi yang positif terhadap reputasi negara dan keyakinan perniagaan pada semua tahap.

Sumber : rakan blogger
........................................................................................
Yang jelas tuduhan TMI itu bertentangan dengan penjelasan oleh pembantu Tun Dr M Sufi Yusuf dan telah diterbitkan dalam portal Awani. Dan penafian pihak SKMM berkenaan tuduhan penggantungan blog berkenaan. Ceh!!! TMI sememangnya portal yang jahanam suka buat dajal!!!!
Sila baca di sini:


Blog chedet.cc kembali beroperasi

Astro Awani | Kemas kini: Mac 14, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 13, 2015 23:50 MYT)
Blog chedet.cc kembali beroperasi


Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini yang tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, kembali beroperasi sebelum pukul 11 malam tadi.

KUALA LUMPUR:  Blog milik Tun Dr Mahathir Mohamad, chedet.cc yang tidak boleh diakses sejak petang tadi kini kembali pulih beroperasi.

Berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, blog ini tidak boleh diakses sejak kira-kira jam 4.30 petang Jumaat, sebelum ia kembali beroperasi pada jam kira-kira pukul 11 malam tadi.

Sebelum ini jurucakap bekas perdana menteri itu, Sufi Yusof berkata pihaknya sedang melakukan 'pembersihan yang diperlukan pada sistem komputer pelayan'.

"Kami mengesan aktiviti trafik yang luar biasa pada blog ini dan kini sedang melakukan apa yang patut untuk membetulkannya. Sejurus segalanya selesai, kami berharap blog ini akan kembali sedia dikunjungi seperti sedia kala," ujarnya.

Blog tersebut dikatakan tidak dapat diakses pengguna internet selepas Tun Mahathir memuat naik satu artikel tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Satu paparan skrin di blog itu memulangkan isyarat "This Account Has Been Suspended".

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM, sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan status blog tersebut.
Artikel yang bertajuk "1MDB" masih terpapar di blog itu.- Astro Awani

.........................................................................................


Berdasarkan situasi ini timbul apabila Tun Dr M membuat kenyataan berkenaan 1MDB dalam blog beliau. Kesibukan aliran trafik mengunjungi blog berkenaan sangat tinggi mengakibatkan gangguan ke atas blog berkenaan namun masalah berkenaan dapat diselesaikan.

LADY cuba mencari info berkenaan kenyataan berkenaan dan perolehinya di awani sekali lagi. Sila baca:

Isu 1MDB boleh sebabkan BN tewas PRU 2018 - Dr Mahathir

Astro Awani | Kemas kini: Mac 13, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 13, 2015 15:47 MYT)

KUALA LUMPUR:  Siasatan forensik oleh polis perlu dilakukan terhadap tuduhan yang dbuat ke atas beberapa pihak yang didakwa terlibat dengan pengurusan wang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menulis di blognya, Dr Mahathir bimbang jika perkara itu tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum 2018 akan datang.

"Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi.

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, sehingga hari ini, kerajaan masih tidak menjawab beberapa persoalan dengan munasabah terhadap beberapa isu melibat 1MDB.

"Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah," tulis beliau lagi.

Malah, beliau juga mendakwa, sejak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB diambil alih oleh Arul Kanda Kandsamy, banyak kenyataan tidak munasabah dibuat.

"Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura," katanya.

Katanya, rakyat berhak merasa curiga terhadap cara dan penggunaan wang mereka yang banyak ini.

"Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

"Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!" tulis beliau.

Bekas Presiden UMNO itu juga mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street".

"Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?" soal beliau.- Astro Awani

Nampak sangat dalam masalah blog Tun Dr M seketika dijadikan bahan TMI dengan zalimnya membuat pertuduhan konon dan menimbulkan provokasi kononnya kerajaan BN melalui SKMM menggunakan kuasa menghalang suara kebenaran dari pemimpin berkenaan dibaca dan diketahui lebih ramai rakyat!!!!

LADY sangat yakin bahawa Tun Dr M bukan nak memalukan dan tidak akan sekali-kali membuat penulisan ataupun kenyataan yang tidak bijak. Walau ada kalanya pandangan pemimpin tersebut menegur tegas atas kelemahan yang beliau nampak.. ia tak bermakna beliau menentang!
Selalu sangat LADY perasan, para penulis maya dari pihak pembangkang meniup angin ribut menjadikan kenyataan Tun Dr M ke arah pemahaman Negatif! Mereka sengaja menimbulkan suasana bertelagah pada individu yang mungkin tidak berfikir panjang dan cuba memahami mesej sebenar disampaikan. (Biasalah kalau dalam diri ada sikap gelojoh!! Mesti bertindak terburu-buru sebelum berfikir!)

Heheheh.. LADY terfikir.. kalaulah kerajaan BN takut sangat kononnya tersebar suara kebebasan. Kenapa portal-portal suara sumbang seperti TMI masih bebas menerbitkan penulisan songsang mereka??? Part tu saja LADY nak pembaca berfikir ke atas tuduhan mereka konon kerajaa  mengamalkan tindakan sekatan dalam kebebasan bersuara di alam maya.

Ok. Jumpa lagi selepas ini. Terima kasih kerana sudi membaca sedikit perkongsian dari LADY

Comments

Popular Posts