JANGAN BERKATA PERKARA YANG TIDAK TAHU! ADA RISIKONYA!

Terkejut juga LADY menonton sedikit sedutan video yang ditayangkan di buletin perdana semalam. Lakonan oleh 'Aisyah' pengacara stesyen radio BFM. yang sahnya bukan orang Islam. Maaflah kalau LADY mungkin agak prejudis ke atas bangsa cina bukan Islam yang memperkatakan sesuatu perkara berkaitan dengan Islam.

LADY tak bertanggapan apa yang sedang dalam pengemaskinian berkenaan Hudud di Kelantan wajar dijadikan perkara gurauan atau permainan. Sewajarnya sebagai orang yang bijak, tak tahu apa-apa berkenaan sesuatu perkara. Lebih baik DIAM-DIAM saja! Jangan jadi BUDUH (bodoh) tunjukkan kebiadapan berkenaan! Bida' (hodoh) bah apabila orang tua tonjolkan kebodohan dan ketiadaan kesopanan dan kesusilaan ini . Jangan lupa! Penonton youtube adalah mijoritinya adalah umur yang muda! Bukan usia GENTUA (lanjut usia)!!!!

Baca dulu

Pihak kurang arif agama dinasihat tidak komen di media sosial - KPN

Bernama | Kemas kini: Mac 22, 2015 (Diterbitkan pada: Mac 22, 2015 20:32 MYT)

KUALA LUMPUR:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.

"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.

Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.

Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh.
....................................

Part pengacara kena ugutan bunuhkah, rogolkah?!.. LADY peduli apa. Berani buat beranilah tanggung! Lu orang Melayu! Rasanya orang Islam. Walau Lu tak join mana-mana parti dan kumpulan Politik, Lu kena fikir beb! Soal agama jangan sekali-kali nak terlibat dalam permainan orang yang ada agenda! Walau anda dibayar untuk melakonkannya!!!! Takkan lu tarak ada prinsip!!!! Walau majikan Lu arahkam anda mesti lakukannya!!! Lu ada hak untuk menolak! Atau... Lu memang tak memikirkan risikonya dan hanya membayangkan betapa GLAMOURnya anda dalam lakonan yang so 'hidup' itu!!!!! Ps: popular lah sudah tu! Tu yang dapat mesej tak berguna tu!

Sememangnya dalam hal jenayah ugut bunuh dan rogol ni, LADY memang benci sangat. Jelas bahawa yang mengugut itu ada masalah mental dan jiwa kacau yang melampau!! Tak waraslah sudah tu! Benci sangatpun apa yang dilakonkan oleh si 'aisyah' jangan lupa! Negara kita negara yang dilindungi bawah perundangan. Bukan negara barbarian yang boleh buat jenayah agar lebih berkuasa!!!!

Apapun, part jenayah ni biarlah pihak yang berkuasa menjalankan tugasan mereka.

Comments

Popular Posts