NAJIB-TUN DR M. TETAP MESRA WALAU ADA PENGGANGGU TALI HUBUNGAN MEREKA
Hehehehhe... apalah agaknya rasa 'mereka-mereka' yang memasang angan melihat pertelagahan antara YAB DS Najib dengan Tun Dr M ni tak tercapai. Sah meraung umpama lagu 'pelamin anganku berkecai'!!!! Tak percaya ? Tengok gambar di atas. Bukan main edit-edit tau main letak gambar Tun M bersebelahan dengan Najib!
Tun M,PM n KJ d dataran merdeka.. penutup LTDL anjuran Human Voyage dgn kerjasama KBS.. turut serta CEO Human Voyage Dato Malik Mydin
Menurut blog medan info blogspot ;
Apabila isu 1MDB semakin kecoh sebaik sahaja Tun Dr Mahathir buat kenyataan, juak juak pimpinan Pembangkang terima mesej daripada Anwar agar mereka boleh bersiap sedia untuk "celebrate" kerana menurut bacaan KETUM, Najib hanya menunggu masa untuk tumbang....
Petang tadi dalam acara kemuncak Garisan Penamat Let Tour De Langkawi 2015, ramai Batu Api dikalangan ahli ahli dan pimpinan UMNO sendiri sudah tersipu sipu menyaksikan rakaman kemesraan di antara Najib dengan Tun Dr Mahathir.
..........................................
Semalam LADY adalah baca kenyataan si kungkung Lim Kit Siang beberapa hari lepas yang dengan sengaja membuat kenyataan provokasi antara Najib dengan Tun M dengan harapan kenyataannya ditelan bulat-bulat oleh Tun M
Najib telah memilih Kedah untuk melakukan serangan, berucap di hadapan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, apabila semua orang yang ada di konvensyen itu dan di luar tahu bahawa yang dimaksudkan "jemuan jemuan", yang diselar oleh Najib adalah tidak lain daripada bapa Mukhriz, Tun Mahathir.
"Apakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO paling lama berkhidmat disenaraikan sebagai "watak-watak jahat yang tidak dimahukan dalam UMNO" oleh Najib?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, Najib dengan jelas membalas kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini, dengan menegaskan UMNO mampu untuk kekal berkuasa jika 'watak jahat' tidak berada dalam UMNO.
"Adakah Najib cuba untuk mengusir Mahathir dari UMNO, yang akan menjadi satu isu lain untuk Mahathir - berada di luar UMNO tiga kali, dua kali dipecat daripada UMNO dan sekali keluar dengan sendiri," katanya lagi.- Astro Awani
Soalan LADY, kungkung LKS ada bukti kah kata Tun M ini nak diusir oleh Najib dari UMNO? soalan kedua, bila masa Tun M pernah diusir dari UMNO???
NAMPAKNYA, melihat gambar-gambar yang terkini ini, bukan setakat owner The Malaysian Insider (TMI) meraung tergolek-golek kerana provokadi mereka tak menjadi, nampak gaya Kung-kung LKS pun terduduk tersentap, strategik memutuskan hubungan antara kedua kepimpinan tak tercapai!!!
Dalam hal kenyataan-kenyataan Tun Dr M berkenaan perjalanan pentadbiran kerajaan dalam blog nya. Ia sebenarnya hanya pandangan berdasar pengalamannya. Bukan untuk mewujudkan suasana huru hara dan kelam kabut urusan pentadbiran. Pada LADY ianya adalah sikap normal apabila kita mungkin melihat bentuk perjalanan pentadbiran yang mungkin pada kita ada kekurangannya dan memberi pandangan yang kemungkinan boleh membantu dalam membetulkan apa yang mungkin terlepas pandang.
LADY menulis macam inipun berdasarkan pengalaman LADY yang pernah memegang jawatan sebelum habis tempoh. Apbila melihat suatu tindakan pengurusan yang LADY rasa tak sesuai atau jika jalan pelaksanaan oengurusan itu menampakkan adanya risiko yang tidak elok pada penghujungnya dalam andaian LADY, LADY kemungkinan akan menegur juga urusan berkenaan secara umum kepada yang mengganti LADY. bukan senang tau nak hari-hari dok jumpa nak tegur ini tegur itu. Lama-lama asyik muka kita saja nak ditenung, tak boleh dah buat kerja lain! Kalau cakap bersemuka pula, nanti kita akan dianggap 'busy body' a.k.a 'penyibuk'!!!!! Salah satu kaedah adalah secara menulis pandangan berkenaan.
Seperkara lagi, walau cara pentadbiran dulu dengan sekarang terlalu jauh perbezaan jaraknya maka pandangan kepimpinan sebelumnya ditolak mentah-mentah! Pada LADY, kepimpinan baru kena juga menilai pandangan berkenaan dengan akal yang waras dan bijak. Jangan asyik menelan bulan-bulat kata-kata orang sekeliling yang rajin mengekori kita sejak memegang jawatan! Biasanya yang rajin sangat mengipas ni tak ikhlas ada agenda pribadi mereka semata. Kita ni sebagai pemimpin wajar belajar dan peka setiap gerakan bahasa badan yang mereka biasa tunjukkan, bukan hanya mendengar tuturan bahasa dari lidah mereka semata! Dan jangan meletakkan diri kita kononnya adalah terbaik sehingga menolak apa saja pandangan lain. Kena bijak menapis dan menilai barulah hasil tindakan kita dikatakan 'berakal dalam kewarasan kebijaksanaan' jangan sampai kita digelar manusia lupa diri dan riak dengan jawatan yang kita perolehi.
Dalam keadaan 'ketegangan khayalan' yang diwujudkan oleh individu yang dengan sengaja nak melaga-lagakan hubungan antara Najib dan Tun dr M. Ada sahaja bahan yang diisukan dijadikan api memanaskan tali hubungan berkenaan. LADY sangat bersetuju dengan pandangan DS salleh dalam entrinya bertarikh 28/1/2015 di blognya:
URUS PERBEZAAN PANDANGAN, HORMATI KEPUTUSAN KETUA - ANTARA NAJIB DAN TUN M
Pada pendapat saya, perbezaan pandangan adalah perkara biasa. Ia lumrah dalam politik. Sebabnya, masing-masing mempunyai pendapat sendiri. Bergantung dari sudut mana sesuatu hal itu dilihat.
TUN M
7. Maka dalam hal Tun Mahathir ini, yang pernah mentadbir negara lebih 20 tahun, tidak salah bagi beliau memberi pandangan, apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang negarawan. 8. Namun, beliau tidak boleh memaksa orang lain menerima pandangannya. Kerana orang lain juga mungkin mempunyai pandangan berbeza.
8. Dalam politik, yang mustahak bagaima kita mengurus perbezaan pendapat ini. Kita kena bijak mengurusnya. Ini kerana perbezaan pendapat tidak semestinya membawa keburukan dan perbezaan pendapat juga tidak menjanjikan kebaikan.
9. Maka dalam institusi kepartian dan pemerintahan di negara ini, kita kena terima hakikat mengenai sistem ketua -- iaitu Perdana Menteri dalam kerajaan dan Presiden parti dalam institusi politik. Ini hakikat mutlak dan perlu dihormati.
10. Saya kira, Datuk Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sentiasa bersikap terbuka serta mendengar setiap pandangan sebelum membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Oleh yang demikian, kita kena hormati keputusannya yang saya cukup yakin untuk kebaikan majoriti.
11. Saya tidak berapa setuju jika ada yang guna istilah `berperang' dalam konteks perbezaan pendapat antara Tun Mahathir dan Datuk Najib. Ini kerana Najib tidak `melawan' sekalipun Tun Mahathir kelihatan seperti menyerang bertubi-tubi.
....................................
Suara-suara menegur Najib PM kita di media sosial tupun bukan ada niat nak memburukkan potensi dan kredibiliti kepimpinan beliau. LADY mengandaikan ianya adalah teguran ikhlas yang inginkan beliau melihat kelemahan yang mungkin beliau tidak sedar kerana sibuk dalam melaksanakan urusan tadbir kerajaan. Bak kata pepatah, manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang.
Berhadapan dengan musuh ni, yang nyata boleh ditentang. Tetapi berhadapan dengan parasit-parasit yang bertopeng manusia ini masalah besar! Kerana kita tidak tahu sejauhmana pergerakan kerosakan yang sudah mereka lakukan. 'Baik sangat tapi.. ada makna'
Baiklah itu pandangan LADY berkenaan urusan hubung kepimpinan berdasarkan apa yang LADY andai yang berlaku pada kedua pemimpin yang dihormati
Cuma
Paling LADY suka berdasarkan majlis kelmarin. Apa yang dituduh dan disebarkan oleh pihak tak berkenan kepada BN telah terjawab. Bagaiman gaya gerak badan PM menunjukkan beliau kekal mengekalkan hubungan baiknya dengan Tun Dr M walau ada manusia durjana cuma mengeruhkan hubungan berkenaan!!!
Sumber gambar: rakan blogger dan media
Comments
Post a Comment